BREAKING NEWS

Terowong RM8 billion : Guan Eng bazirkan duit rakyat..


Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoalkan rasional cadangan pembinaan laluan ketiga termasuk terowong di Pulau Pinang bernilai RM8 bilion, sedangkan projek Jambatan Kedua belum siap.

“Apa tujuan (Ketua Menteri Lim) Guan Eng buat terowong, apakah maknanya sudah sesak sangat sehingga projek kedua (jambatan) yang kita sedang bina tidak dapat menyelesaikan masalah kesesakan bandar raya George Town.

“Sepatutnya kita benarkan dulu projek Jambatan Kedua siap, kita akan memerhatikan mungkin kesan daripada projek kedua itu sudah pun mencukupi, jadi apa perlu membelanja wang agak lebih besar yang dikatakan bernilai sekitar RM8 bilion,” katanya selepas majlis Sepetang Bersama Belia Wilayah Persekutuan sempena program turun padang sehari beliau ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dipetik Bernama Online, Muhyiddin berkata, projek Jambatan Kedua, yang dijangka siap pada 2013, sudah mengambil kira unjuran kegunaannya bagi tempoh jangka panjang.

“Seperti jambatan pertama, setelah puluhan tahun, barulah kerajaan putuskan untuk bina (jambatan) yang kedua, jadi sekarang ini yang kedua pun belum lagi siap dan mungkin (kegunaannya) sudah diunjurkan untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.

“Jadi, apakah perlunya projek itu, saya tak tahu. Mungkin dia kata ini hak dia, kerajaan negeri boleh membuat keputusan, itu terserah pada dia tetapi rakyat harus membuat penilaian sama ada wajar atau sudah sampai masanya Pulau Pinang memerlukan terowong itu ataupun sudah mencukupi jambatan kedua untuk setidak-tidaknya bagi tempoh 10 atau 15 tahun akan datang,” katanya.

Kelmarin, kerajaan Pulau Pinang dilaporkan mengumumkan pelan RM8 bilion untuk membina empat jalan utama dan projek terowong bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas di negeri itu.

Lim dilaporkan berkata bahawa projek itu akan memudahkan lagi pergerakan antara pulau tersebut dan tanah besar.


p/s: Gua rasa, Guan Eng dah tak konfiden DAP boleh terus memerintah Penang selepas PRU13 nanti.. Sebab tu lah dia nak sapu semua projek negeri Penang sebelum Parlimen dibubarkan..

2 ulasan :

  1. sgt bersetuju dgn MPP....kalau bukan kerana dah tau biaDAPigs akan berkubur di P.Pinang mesti dia nak buat kerja gila bina terowong yg nak membazir duit rakyat. kaut sebanyak yg boleh, kalau muflis P.Pinang lg bagus....mmg musibat Cina Kapir Harbi ni

    BalasPadam
  2. buat terowong melaka 2 penang lagi baik ah beng senang nak lari balik kampong.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online