BREAKING NEWS

TERKINI !!! Anwar DEDAHKAN buku SULIT gerak kerja fitnah UMNO..


Selama ini Umno didakwa telah menggunakan taktik kejam untuk menipu, menyebarkan fitnah dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu serta menggunakan ugutan.

Ia dikatakan sengaja dibuat dengan tujuan untuk mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit.

Sebagai bukti menyokong dakwaan tersebut, Anwar Ibrahim mendedahkan Buku Panduan Pilihanraya Umum yang ‘Sulit’, kononnya telah dikeluarkan oleh Umno secara rasminya kepada jentera pilihanraya mereka.

Dalam kandungan buku tersebut, diberikan arahan rasmi supaya menyebarkan fitnah seberapa banyak yang boleh untuk menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang Melayu.


Pendedahan ini dibuat semasa Kongres Tahunan Keadilan baru-baru ini, sewaktu Anwar Ibrahim menyampaikan ucapannya.

Anwar menjelaskan, menyatakan buku panduan tersebut telah diterima dari seorang ahli Umno yang menyokong Keadilan.

Ahli Umno tersebut menyatakan ramai lagi ahli Umno yang sudah muak dan benci dengan Umno, tetapi terpaksa menunjukkan sokongan atas sebab-sebab tertentu.

Menurut Anwar Ibrahim lagi, buat sekarang ini buku panduan tersebut telah diserahkan kepada YB Azmin Ali untuk tindakan selanjutnya. - UtaraNews

2 ulasan :

  1. hebat betul umno buat buku mahal macam tu, semiskin-miskin umno buku mesti jenis bagus punya.

    BalasPadam
  2. memang UMNO ada buat mcm ni lah....tapi masa tu baru blue print je...itu pun masa Al-Juburit ni jadi TPM....tak sempat nak edar dah kena terajang ngan Tun...hahahaha...mangkuk ayun punya anwar...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online