BREAKING NEWS

Sultan dan Raja jadi kuda tunggangan UMNO? Biar betul Aziz Bari oiii...


Bila masa pulak Raja jadi kuda tunggangan UMNO? Suka-suka hati mak bapak dia saja Aziz Bari ni bercakap yee..

Kalau betullah Raja jadi tunggangan UMNO, dah lama kena buang negeri si Profesor tak sedar diri tu.. Silap-silap haribulan, kena lucut warganegara lagi..

So.., Aziz Bari jangan main sedap cakap jee... Profesor kangkung tu kena ingat pepatah orang tua.. Kerana mulut badan binasa nanti...

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari berkata beliau bersedia untuk menghadap Sultan Selangor untuk memberi penjelasan berhubung kenyataan baginda berkaitan audit kewangan tahunan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS).

Aziz berkata, “saya tidak berniat melawan baginda.”

“Saya rasa DYMM Tuanku tahu saya telah banyak menulis mengenai peranan dan kuasa raja-raja selaku ketua negeri dan ketua agama.

“Nampaknya, ada pihak yang mahu memburukkan imej saya di hadapan Sultan,” kata Abdul Aziz dalam respons menerusi e-mel petang tadi.

“Saya menyeru para pegawai atau orang yang rapat dengan istana berhenti memberi nasihat yang salah kepada Sultan. Saya sanggup mengadap untuk memberi penjelasan. Saya bukan antiraja seperti yang digambarkan.

“Sebenarnya saya telah dipanggil oleh beberapa orang kerabat dan mereka menyokong kenyataan-kenyataan saya. Mereka kata teguran itu meskipun pahit perlu dibuat bagi menyelamatkan institusi raja dari ditunggangi oleh pihak-pihak yang berkepentingan termasuk Umno,” kata Aziz lagi.

3 ulasan :

  1. Untuk Aziz Bari: jika lah benar kamu sudah tidak peduli lagi soal kesultanan Melayu keran kamu berasa bangga dengan diri kamu sebagai Melayu yang beraja dihati serta tidak sedar diri sekurang-kurang berilah rasa hormat kepada sultan sebagai juga orang Melayu yang dilantik oleh rakyat Selangor sejak turun temurun sebelum MERDEKA dan kamu juga ketika itu belum dilahirkan.
    Beri lah rasa hormat,

    Kepada Sultan Selangor: kami ingin meyampaikan sembah, jika Aziz Bari belum dan tidak dapat menerima tuanku sebagai Sultan , walau cerita mengenai tuanku yang suka ber.....a sewaktu diluar negara tetapi itu adalah hak peribadi tuanku maka kami cadangankan agar satu keputusan yang wajar diambil, jangan benarkan diri si Aziz bari menjejak kaki nya dibumi Selangor, biar lah dia mencari temapt nya sendiri yang tidak mempunyai raja.
    daulat Tuanku!!

    BalasPadam
  2. jgnlah jadi pencacai kpd pengkhianat agama,bangsa dn negara..tumpukan kpd tugas hakiki kamu sebagai pendidik dan bukanya ahli politik..klo tidak letak jawatan secara gentleman dn bergiat aktif dlm politik tanah air sepenuh masa.barulah ada kualiti. mungkin nak tumpang semangkuk keputusan PRU13 nanti..ibarat untung batu tenggelam,untung sabut timbul,bila dah ada keputusan yg positif baru berani letak jawatan ke..tapi En.Aziz..kami akan pastikan pembangkang berkubur tanpa batu nisan pd PRU13 nanti terutama sekali diSelangor.jadi fikirlah semasak2nya..nanti dapur kok xberasap bila ikut buntut aljuburi.dia tu pembelit besar.dah ramai kena tipu dahhhhh

    BalasPadam
  3. AMAT MALANG ANAK WATAN MEMILIKI SEORANG CENDEKIAWAN BANGSA YANG TIDAK BOLEH DITUMPANG DAN DIGANTUNG HARAP.....INILAH MANUSIA YANG AGAK CERDIK TETAPI TIDAK BOLEH DITUMPANG.....DAN BELIAU JUGA SEUMPAMA ANAI-ANAI YANG BISA MERANAPKAN STRUKTUR BANGSA JIKA TERUS DIBIARKAN BERGELENLENDAGANGAN DI BUMI BERTUAH INI......AZIZ BARI PERLU MUSAHASABAH DIRI DAN MELIHAT REALITI....JADILAH SEORANG CENDEKIAWAN DAN PENDIDIK KELAS PERTAMA YANG BERMANFAAT UNTUK ANAK BANGSA DAN BUKANNYA SEORANG PENDIDIK YANG TOLOL MENGIKUT RENTAK HATI YANG KACAU LANTAS ANAK BANGSA YANG MENTAH MENJADI BANGSA.....JAGALAH HATI DAN TUTUR DENGAN SEBAIKNYA KERANA ITULAH MARUAH DAN GAMBARAN DALAMAN KITA....SULTAN SELANGOR BUKAN MINTA DISEMBAH OLEH ANDA...CUKUPLAH SEKADAR HORMAT DAN PATUH KEPADA SEORANG KETUA NEGERI ...TIDAK LEBIH DARI ITU....PERCAYALAH POLITIK ANDA TIDAK AKAN KEMANA CUMA IANYA HANYA FANTASI INDAH ANDA SEMATA-MATA......ANDA TIDAK MAMPU BERJAYA DAN SENANG DENGAN POLITIK.....SEBALIKNYA PROFESSION SEKARANGLAH YANG MENGENYANGKAN ANDA SELELUARGA DAN KERJA SEKARANGLAH ANDA MAMPU MEWAH DAN SENANG....TOLONG JADILAH MANUSIA YANG TAHU BERSYUKUR DAN BERTERIMA KASIH......

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online