Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Rosmah kena Flying Kick pasal isu rambut jambul...
Comments : 5
*Dibawah adalah hasil penulisan berunsurkan nasihat dari Ustaz Flying Kickers terhadap isu pemakaian tudung Rosmah ketika pergi menunaikan Haji di Mekah.. BACA SINI..
Gua setuju dengan apa yang TFK ni kata.., Rosmah harus jaga imej laki dia selain dari mengamalkan apa yang diajar dalam Quran.. Takkan itu pun nak kena ajar beb?
Lagipun.., tak adalah cantik sangat rambut Rosmah tu.. Cantik lagi rasanya kalau dia bertudung..
Jom kita baca apa yang Cucu Tok Wan cuba nak sampaikan di blog dia tu yee...
Setiap orang menanggung dosanya sendiri, bukan mewarisi dosa orang lain. Setiap lelaki dan perempuan akan dipersoaljawabkan tentang amal dan perbuatan masing-masing, bukan kerana memikul amal dan perbuatan orang lain.
Kenyataan ini terkandung jelas dalam ayat 164 Surah Al-An'am dan Surah Al-Fathir ayat 18. Bahkan kenyataan ini juga terkandung di dalam ayat 38 Surah An-Najm, Az-Zumar ayat 7 dan Al-Isra' ayat 15.
Yang diperintahkan kepada kita ialah memberikan peringatan dan nasihat. Maka setelah dilakukan, maka berlepaslah diri kita daripada tanggungjawab tersebut.
TFK melihat sekeping gambar 'Wanita Pertama Malaysia' yang kelihatan bersahaja dengan selendangnya. Dan yang paling menariknya apabila dikhabarkan bahawa gambar tersebut sebahagian daripada perjalanan ke Makkah.
Sememangnya Makkah sudah menjadi tempat membuang dosa dan tempat untuk bertransformasi. Makkah tidak boleh dimomok-momokkan sebagai tempat yang menakutkan untuk orang yang berdosa. Sebaliknya orang yang paling banyak melakukan dosalah yang 'terlebih afdal' ke sana memandangkan terdapat beberapa tempat mustajab doa di Makkah dan Madinah. Manalah tahu, berkat rahmat Allah Taala, maka doa permohonan agar dihapuskan segala dosa, maka, terhapuslah segala keburukan dan kejijikan amal kita.
Bercakap tentang RAMBUT KEMBANG si Wanita Pertama Malaysia itu, sememangnya tidak akan habis-habis. Daripada nasihat boleh bertukar menjadi kecaman. Daripada kecaman boleh bertukar menjadi fitnah. Daripada hal peribadi boleh bertukar menjadi hal kelayakan memilih pemimpin.
Rosmah di Makkah, sudah dua kali diuar-uarkan. Puak-puak Pakatan tidak terfana dengan 'perubahan' Rosmah dan Rosmah sendiri pun tidak pernah berpura-pura dengan dirinya dengan terus menampilkan RAMBUT KEMBANGnya walaupun gambar-gambar dia dan suaminya di Makkah begitu popular di dada-dada media, baik media cetak apatah lagi elektronik.
Sesuatu yang perlu disedari, jangan hanya kerana SAYANGKAN RAMBUT KEMBANG itu dan kedegilan serta keegoan tentang KUBUR KITA ASING-ASING, maka kerjaya suami selaku Perdana Menteri bertukar menjadi Ketua Pembangkang.
Ini zaman, zaman orang semua pakat celik maklumat sama ada maklumat itu datang menyerong atau pun maklumat yang pepat di luar rencong di dalam. Zaman wanita lebih sayangkan RAMBUT KEMBANG berbanding persepsi orang ramai, terutama sekali di kalangan wanita yang berkait dengan dunia politik, sudah lama berlalu. Kalau tidak, takkanlah ada wanita yang bertudung litup tetapi ditangkap basah dengan hanya tudung di kepala tetapi kemaluan dan dadanya tidak ditutup seurat benang pun.
Jangan fikir, disebabkan kurangnya teguran daripada kelompok yang dilihat banyak menyokong sebelum ini, maka ia akan berterusan sampai bila-bila. Ada masanya, letih juga dengan kerenah bodoh sebegini. Jangan fikir, 'ahhhh... takkan rambut pula yang jadi isu,' maka ianya boleh disenyapkan.
Kejatuhan dan pembunuhan Ghaddaffi dimulakan oleh sekelompok mikrob boneka Amerika Syarikat dan kakitangan Zionis berwajah Arab dengan isu yang dianggap remeh dan fitnah. Begitu juga dengan Hosni Mubarak dan beberapa pemimpin Arab yang lain. Semuanya kerana isu kecil, remeh dan dilihat tidak membahayakan.
Perlu diingat, yang dikatakan ASSOBIYYAH itu ialah saling tolong-menolong kelompok sendiri melakukan kezaliman dan maksiat, bukannya seperti yang dikupaskan oleh Nik Abdul Aziz iaitu menyayangi bangsa dan BERSIFAT KEBANGSAAN...
Kecualilah kalau Rosmah Mansor sudah tidak mahu lagi bergelar Wanita Pertama Malaysia dan mahu kerjaya suaminya bertukar menjadi Ketua Pembangkang atau Bekas Ahli Parlimen Pekan!!!!
KALAUPUN SAYANGNYA KEPADA RAMBUT KEMBANG ITU, berpada-padalah... BUKANNYA LAWA SANGAT PUN!!!!
- The Flying Kick
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.

Bro
BalasPadamGua bukan nak kata tak pakai tudung tu tak berdosa tapi dalam bab ini, orang yg ditegur tu dah akhil baligh tapi ditegur macam satu penghinaan. Masa tawaf, dia pakai sopan dan mengikut tuntutan. Yang tempat lain tu dia tanggung sendiri.
Imej alim ni orang dah sukar nak percaya. Dulu orang kata paklah boleh jadi PM yg baik sebab anak imam tapi apa dah jadi. Pas pun sama, imej alim tapi tengoklah video seks, phone seks dan macam2 lagi. Aku sokong Rosmah sebab dia tak pura-pura.
Sejujurnya , saya sendiri sanggat tidak setuju dan berbulu dengan penampilan Rosmah ! bukan setakat hari ini tapi sejak dulu !
BalasPadamaku nak cakap ' Hei Rosmah , awak tu bukan muda lagi , dah tua ! ubahlah penampialn dan gaya diri tu , sedar2lah diri tu sikit , perbuatan awak itu memberikan tempias negatif pada suami , suami awak tu yg kena balun siang malam , suami awak tu yg kena tanggung dosa , suami awak itu yg kena bahananya ,
hei Rosmah , ubahlah dan sedarlah selagi waktu masih ada , jutaan rakyat mengharapkan awak tu berubah , pakailah tudung ! jgn berbangga dengan jambul sarang tebuan awak tu , esok rambut itu yg akan dibakar dalam neraka ! samada awak wanita pertama ke , wanita kedua ketiga ke ..itu semua neraka tak pandang , neraka tak peduli awak sapa !
hei Rosmah , dengarlah teguran dan ikutilah nasihat dari rakyat , awak tak akan rugi walau sesen , kalau awak sayangkan suami,kalau benar awak seorang muslimah yg taat , ikutlah nasihat ini !!

tuan blog , tolong siarkan komen aku diatas , jgn delete !!
BalasPadamkalau awak delete bermakna awak juga subahat dengan Rosmah !
jangan dok buat loklaQ aihhh puan rosmah oit...sat gi dapat puak pecacai tu depa mula la dok taboQ fitnah....depa fitnah halal....kita cakap yang betoi semua fitnah,dusta,kusta roti planta...semua ada kt depa...bos depa pon dok men planta tk sedaQ
BalasPadam