BREAKING NEWS

Khalid Gagap takut bubar DUN..


Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor tidak akan dibubarkan sekalipun kerajaan Pusat bertindak membubarkan Parlimen pada Januari tahun depan untuk menjalankan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri hanya akan membubarkan DUN selepas enam bulan dari tarikh pembubaran Parlimen bagi memastikan Bajet Selangor 2012 dapat dilaksanakan pada tahun depan.

"Kita (kerajaan negeri) tidak akan sertai (pembubaran DUN) jika kerajaan Pusat membubarkan Parlimen awal tahun depan untuk mengadakan pilihan raya umum.

"Kita masih dengan pendirian sebelum ini iaitu paling tidak empat tahun (mentadbir) sebelum bersedia mengadakan pilihan raya umum," katanya selepas selesai sesi penggulungan Bajet Selangor 2012 dan penangguhan sidang DUN Selangor di sini hari ini.

Abdul Khalid bagaimanapun berkata, kerajaan negeri akan membubarkan DUN dan menyertai PRU13 serentak dengan kerajaan Pusat sekiranya ia diadakan pada bulan Julai, Ogos atau September tahun depan.

Beliau menafikan keputusan itu dibuat kerana tidak yakin pakatan pembangkang akan mendapat sokongan rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, perkara itu tidak timbul kerana tujuan utama kerajaan negeri ialah mahu melaksanakan perkara yang dirancang terlebih dahulu.

1 ulasan :

  1. kalau betul, apa kata najib genapkan 4 tahun baru bubar parlimen.tengok apa alasan puak pembangkang pulak.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online