BREAKING NEWS

Bohong itu ciri2 munafik.., tapi kalau Nik Aziz bohong...?


"Jika Mahathir letak jawatan hari ini, esok saya juga akan letak jawatan." Itu merupakan ungkapan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika beliau beria-ia mendesak Mahathir letak jawatan tetapi selepas hampir 10 tahun Mahathir berhenti Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan masih kekal di sini.

Apakah itu satu janji? Jika janji apakah hukumnya jika dimungkiri?. Hari ini, Nik Aziz yang sering uzur dan lanjut usia mengemumkan untuk terus bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.

Daripada bertanding lebih baik, Nik Aziz berehat di rumah kerana sekarang dia tidak mampu untuk duduk lama dalam mesyuarat dan tidak mampu untuk berjalan jauh. Bagaimana seorang ketua membuat keputusan jika dia. sendiri tidak mampu untuk meninjau projek dan hadir dalam mesyuarat. Penyudahnya dia akan ditipu oleh orang harapan sendiri kerana tidak tahu hujung pangkal.

Contoh paling mudah bagaimana menantunya, Abdul Ariffahmi yang juga bekas CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) menipu dalam projek Bazar Tok Guru sehingga Kerajaan Pas Kelantan mengalami kerugian RM50 juta. Itu wang rakyat, wang sebanyak itu boleh dibina 1,250 buah rumah untuk golongan miskin tegar (50 juta ÷ 40000).

Inilah akibatnya jika tubuh badan tidak sihat dan tidak mampu untuk mentadbir negeri.

Cukuplah, beri peluang kepada Husam Musa pula untuk mentadbir negeri ini. Sudah sampai masanya negeri ini ditadbir oleh orang muda yang lebih kreatif. Ingat kembali kata-kata dahulu, kalau ia satu janji, apakah tidak takut diri tergolong dalam golongan munafik. - KELATEKITO.NET

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online