BREAKING NEWS

Toyol mengamuk di Johor gara-gara Guan Eng..


Penduduk Kampung Parit Sempadan, Parit Raja Johor gempar pagi semalam dengan penemuan satu objek misteri yang dikafan seperti pocong di sebatang jalan menghala ke rumah seorang penduduk di situ.

Objek sepanjang 15 sentimeter itu ditemui oleh seorang penduduk kampung yang berjalan kaki menghantar anaknya untuk belajar mengaji kira-kira pukul 8.30 pagi.

Seorang pesara kerajaan yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Mat memberitahu, sebaik sahaja dimaklumkan mengenai penemuan objek misteri itu, dia bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, ia dibungkus dengan kain putih dan diikat seperti jenazah sebelum diletakkan di pangkal pokok yang terletak hanya kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Di sebalik penemuan itu, dia percaya ada kemungkinan perbuatan itu dilakukan oleh pihak tertentu dengan niat untuk mengugut keluarganya.

“Saya berdebar-debar apabila melihat objek berbentuk pocong itu kerana percaya ia adalah amaran kepada keluarga saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.

Haji Mat memberitahu, kejadian pelik itu adalah yang pertama kali ke atas keluarganya sejak menetap di kampung itu pada tahun 1973.

1 ulasan :

  1. kuatkan akidah dan ketakwaan pada ALLAH TAALA dan pohon la perlindungan dari syaitan yg direjam dan lim guan eng yg kejam...

    pejuang hamas...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online