Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Polis Penang dikerah jaga PARKING Guan Eng..
Comments : 4
Polis negeri akan menempatkan lebih ramai anggota di kawasan bangunan sekitar Dewan Undangan Negeri pada Isnin depan untuk memastikan tidak ada pihak yang mengambil undang-undang di atas tangan sendiri dengan merantai kenderaan yang diletakkan sewenang-wenangnya di kawasan berkenaan.
Ini berikutan tindakan yang dilakukan oleh Ketua Pemuda Parti Cinta Malaysia, Liew Yeow Hooi dengan merantai sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Unit Perancang Ekonomi Negeri yang diletakkan di kawasan yang tidak ditempatkan untuk kenderaan di hadapan Dewan Undangan Negeri Isnin lalu.
Liew telah dipetik sebagai berkata akan bertindak sedemikian sekali lagi apabila sidang Dewan Undangan Negeri bersambung semula Isnin depan selepas cuti rehat sempena perayaan Deepavali.
Ketua Trafik Polis Negeri, ASP Ahmad Ezzely Razali memberi amaran, hanya pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) sahaja yang mempunyai kuasa untuk merantai mana-mana kenderaan yang diletakkan di kawasan yang tidak dibenarkan menggunakan alat sita yang diwartakan.
Liew ketika bertindak demikian Isnin lalu tidak mengendahkan arahan polis yang bertugas di kawasan itu agar membuka semula rantai yang dipasangnya pada kenderaan milik kerajaan negeri itu.
“Sebagai pembuat undang-undang, ahli-ahli dewan sepatutnya menunjukkan teladan yang baik dengan mematuhi undang-undang. Adalah tidak adil jika hanya kenderaan persendirian sahaja yang disita jika melakukan kesalahan dengan meletak kenderaan di kawasan yang tidak digazetkan sebagai petak parkir sedangkan kenderaan milik kerajaan bebas berbuat demikian,” katanya kepada para pemberita selepas kenyataannya direkodkan oleh polis di Ibu Pejabat Polis Daerah George Town, Khamis.
Sambil menafikan yang tindakannya itu adalah bermotifkan politik atau untuk mendapatkan gimik publisiti, Liew menegaskan beliau hanya bertindak selepas pihak majlis perbandaran gagal bertindak tegas dan segera.
“Saya sendiri yang menelefon bahagian penguatkuasa MPPP menjelang tengah hari tetapi selepas tidak ada yang datang dan setelah memberi masa yang secukupnya kepada mereka, saya terpaksa mengambil tindakan di atas tangan sendiri kerana kenderaan kerajaan negeri itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas,” ujarnya lagi.
Liew juga mendakwa, terdapat sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan kenderaan yang diletakkan di tepi Leboh Light pada waktu itu sehingga menyebabkan kesesakan pada waktu tengah hari.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
alaa... polis mana berani usik tempat cina... tempat melayu berani la saman menyaman... aku x benci polis, tapi aku tak suka perkara ni.
BalasPadamxkan kita sebagai menteri boleh parking kete ikut suka je... lau mcm tu baik xpyh buat undang2 kalau kita sendiri x tunjuk contoh sape lg nak wt...
BalasPadamterima kasih Liew... inilah pemimpin yang dicari... walaupun sape pun kita yg penting kita kena ingat sebab kita ni naik daripada rakyat.. sepatutnya menyenangkan rakyat bknnya menyusahkan rakyat..
BalasPadamInikah manusia yg dipilih oleh rakyat M'sia? Apb berkuasa, mereka rasa kebal dpd undang2. Bila org lain buat salah, mereka menyalak mcm anjing gila.
BalasPadam