Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
PAS Kelantan akan jumpa Najib bincang isu Hudud.
Comments : 2
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, Kerajaan Kelantan akan bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi membincangkan tentang perlaksanaan hukum hudud setelah segalanya selesai.
"Kita sebenarnya sudah mengutuskan surat kepada Perdana Menteri bagi menyatakan hasrat kerajaan negeri untuk bertemu beliau membincangkan tentang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.
"Tetapi sebelum kita bertemu dengan beliau, kita perlu dapatkan keputusan dari Jawatankuasa Teknikal Enakmen Jenayah Syariah 2 barulah perkara tersebut kita dapat bentangkan dengan lebih baik," jelasnya pada sidang media selepas program wacana di Kompleks Karangkraf di sini, petang ini.
Katanya, pertemuan rasmi dengan Najib belum ada lagi dan ia akan dilakukan apabila semuanya sudah sedia.
“Manakala untuk jawatankuasa teknikal kita tidak meletakkan tempoh masa kerana kita tahu dalam usaha untuk kita melaksanakan hukum hudud ini kita memerlukan tempoh masa bukannya dalam keadaan tekanan.
"Selesai semuanya kita akan bertemu dengan Perdana Menteri dan nyatakan hasrat kita, apa jua persoalan yang timbul kita akan jawab dengan sebaik mungkin, kalau boleh biarlah Kelantan ini melaksanakan hudud serta menjadi contoh kepada negeri-negeri lain," jelasnya.
Dalam keadaan berseloroh, beliau memberitahu jika terlalu susah untuk pemimpin di atas meluluskan perlaksanaan hudud, secara yang mudah ialah mengubah sahaja kerajaan yang ada sekarang pada pilihan raya yang akan datang.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Ini semua kerja putaq belit PAS.
BalasPadamDAP pun tak boleh Tarbi, pakatan kepala otak depa.
Rakyat dah tau tektik PAS. Sokongan dah merudum maka mau tak mau inilah jalan yang ada nak bubuh beban pada UMNO.
Dulu tentang habis-habisan perpaduan UMNOPAS. Sekarang ni nak sondol balik, apa punya putaq alam..
skrip ulangan, dulu kate chedet yang halang, kali akan ckp najib yg halang.. basi dah.. rakyat bukan bodo..
BalasPadam