BREAKING NEWS

Paling HOT!!!! Najib KANTOI main nombor....


Adussss..., mana gua nak letak muka ni bebb? Malu betul laa bila Najib ditangkap "main nombor" macam ni..

Takkan lah Najib terdesak sangat nak tunaikan janji dalam Bajet 2012 sampaikan terpaksa "main nombor" pulak..? Tak boleh la macam tu Najib oiiii....

Sekarang ni macam mana nak jawab? Kalau puak-puak pencacai tengok gambar kat atas tu, sure kalah UMNO/BN di PRU13 nanti beb... Confirm!!!

Hahahahahaha...

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, campur tangan kerajaan melalui program khusus telah membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah berkualiti.

Beliau berkata, kerajaan melalui program khusus seperti program Perumahan Rakyat 1Malaysia (Pr1ma) ntuk membangunkan perumahan mampu milik bagi memenuhi keperluan golongan berpendapatan sederhana.

“Memiliki rumah sendiri adalah satu impian dan cita-cita rakyat yang diambil berat oleh kerajaan. Ini adalah kerana memiliki rumah sendiri akan menyemai perasaan memiliki.

“Kalau tiada campur tangan dan intervensi kerajaan melalui program khusus, maka ramai tidak mampu memiliki rumah yang berkualiti dan berdekatan dengan tempat kerja,” katanya pada Majlis Cabutan Undi Terbuka untuk 560 unit rumah mampu milik pertama yang dikendalikan Unit Pr1ma di sini, hari ini.

Najib berkata, rumah dan tempat kerja yang berdekatan akan meningkatkan produktiviti kerja.

Beliau berkata, penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar telah menimbulkan implikasi yang perlu ditangani kerajaan bagi mengelak pelbagai tekanan sosioekonomi.

“Apabila berlaku keadaan ini, mereka terpaksa tinggal di kawasan berjauhan dari tempat kerja yang akan menimbulkan pelbagai kesukaran, termasuk pertambahan kos pengangkutan.

“Selain mengisi impian dan cita-cita rakyat untuk memiliki rumah, rumah dan tempat kerja yang berdekatan dapat meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos perbelanjaan harian rakyat,” katanya. — Bernama

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online