BREAKING NEWS

Lim Guan Eng dan KeadilanDaily KENA SAMAN 30 Juta.



Sebentar tadi di Nibong Tebal, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Dato' Zainal Abidin Bin Osman telah mengadakan sidang akhbar untuk menyaman Ketua Menteri, Lim Guan Eng diatas tohmahan liar beliau ke atas UMNO dengan menuduh sebagai penganjur demo haram di Pulau Pinang dan memfitnah UMNO sebagai dalang didalam insiden pejabat DAP dibakar di Georgetown.

UMNO Pulau Pinang sebelum ini telah memberikan ruang yang secukupnya untuk beliau menarik balik tohmahan dan tuduhan liarnya terhadap UMNO Pulau Pinang, namun beliau secara angkuh dan sombong telah menolak permintaan UMNO P.Pinang malah telah mencabar UMNO P.Pinang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadapnya.

Writ Saman dan Pernyataan Tuntutan terhadap Guan Eng sebanyak RM30 Juta telah dihantar melalui peguam Jahaberdeen & Co di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini. Turut disaman ialah Akhbar Suara Keadilan pemfitnah, Editor dan penulis artikel terbabit.

Dalam kes salahlaku pencabulan seks yang didakwa dilakukan oleh anaknya yang disiarkan oleh rakan-rakan blogger, tuduhan Guan Eng menuduh UMNO dan parti komponen BN lain sebagai dalang yang menyebarkan tuduhan ini amatlah dikesali.


Baca seterusnya liputan dari blogger Anak Seberang..

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online