Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
KISAH BENAR !!! Curi kereta guna sehelai suratkhabar..
Comments : 1
Pencuri merupakan antara jenis manusia yang paling gua benci dalam dunia ni.. Dorang tu bukan saja menyusahkan orang yang jadi mangsa curi tu.., malah dorang jugak menyusahkan masyarakat sekitar..
Yang paling ketara sekarang ni adalah kejadian curi kereta.. Macam-macam lah cara pencuri ni nak larikan kereta kita termasuklah dengan menggunakan sehelai suratkhabar..
Korang jangan tak percaya pulak yee..., memang dorang boleh mencuri kereta hanya dengan suratkhabar beb...
Bagaimana? Lihat 8 perkara kat bawah ni..
1. Mula-mula pencuri akan berlegar-legar dikawasan parking kereta, tengok kereta mana yang nak dicuri.
2. Bila pemandu kereta itu tiada, dengan diam-diam dia pergi lekat sekeping surat khabar di cermin belakang kereta itu.
3. Pencuri pun bersembunyi dekat-dekat situ, jangan sampai pemandu atau tuan punya kereta itu nampak. Dia tunggu dengan sabar.
4. Tuan punya kereta pun datang, memasuki kereta dan hidupkan enjin nak berlalu keluar dari tempat parking.
5. Tapi terganggu kerana ada surat khbar yang terlekat pada cermin belakang keretanya. Tanpa curiga, dia akan keluar dan terus kebelakang, sedangkan enjin belum dimatikan dengan pintu yang tidak berkunci.
8. Secepat kilat, pencuri itu melompat masuk kedalam kereta, kunci pintu dan lari.. Maka menjeritlah tuan kereta.. jalan kakilah dia.
So..., macam tu lah teknik curi kereta guna suratkhabar, seperti yang diceritakan oleh orang yang mahir dengan kerja-kerja macam tu..
Gua bukan nak ajar korang mencuri, tapi gua just nak kongsikan cerita ni agar kita lebih berhati-hati supaya kereta kita tak kena curi..
Gua pun pernah jadi mangsa pencuri kereta ni dan mengakibatkan kereta kesayangan gua hilang sekelip mata.. Jadi, gua tahu lah macam mana rasanya bila kehilangan kereta beb..
Akhir kata..., Sayangilah kereta anda ye...
p/s: Kredit untuk IbnuHasyim sebab berkongsi perkara ni.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Mohon share MPP dan Ibnu Hasyim
BalasPadam