BREAKING NEWS

JAIS tak laksanakan syiar Islam dengan betul - Bob Lokman.


Bob Lokman atau nama sebenarnya Muhamad Hakim Lokman memberitahu bahawa beliau tidak akan pergi ke pejabat Jais atas alasan agensi agama itu tidak melaksanakan dasar Islam secara keseluruhan, tetapi lebih memihak kepad dasar pemerintahan Umno-BN.

“Kalau nak tangkap saya, tangkaplah, nak heret sekalipun, tapi saya tak kan pergi menyerah kepada mereka,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Laporan media hari ini menyebut Jais akan mendapatkan perintah waran tangkap daripada mahkamah terhadapnya seandainya enggan hadir memberi keterangan kepada agensi itu.

Pengarah Jais Marzuki Hussin berkata, selebriti yang berusia 47 tahun itu juga melakukan kesalahan lain jika enggan mematuhi perintah hadir terhadapnya.

“Sepatutnya pagi tadi (semalam), dia hadir ke pejabat Jais, tetapi dia gagal berbuat demikian.

“Dia (Bob Lokman) berdegil datang, Jais akan memohon waran tangkap,” katanya.

Bob Lokman ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 iaitu ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 menyebut “mana-mana orang yang mengajar agama Islam atau perkara mengenai agama Islam tanpa tauliah diberikan mengikut Seksyen 118 adalah melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.” Disebabkan enggan hadir memberi keterangan dengan sengaja pula, selebriti itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor.”

Jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 12B Enakmen Jenayah Syariah Selangor itu, boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

Bob Lokman menambah, dengan pergi ke pejabat Jais, perjuangan agama yang dipegangnya selama ini seakan hancur kerana jabatan itu sendiri tidak melaksanakan syiar Islam dengan telus.

“Ini soal akidah, prinsip dan kepercayaan, saya yakin dengan perjuangan saya, Bilal Bin Rabbah sendiri menerima tentangan hebat waktu diseksa kerana Islam,” kata beliau.

Beliau ditahan Jais selepas menceritakan pengalamannya menerima hidayah Islam di Hulu Langat awal minggu ini.

“Saya yakin kepada agama, kepada al-Quran, sekiranya saya tidak menentang, mereka tidak akan tahu wujudnya ketidakadilan dalam pentadbiran mereka, sekiranya orang PAS sendiri tidak tidak bersetuju, tak apa... saya yakin dengan kepercayaan saya,” tegasnya.

Menurut Bob Lokman lagi, dia yakin penguasa Jais dan kadi yang menahannya pada malam itu datang sebagai ‘wakil’ Umno, yang cuba menghalang usaha dakwah dilakukannya demi kepentingan politik.

“Saya bukan nak masuk politik, (atau) jadi wakil rakyat, saya nak bantu orang-orang Islam negara kita ini, mengaku kenal Allah, kenal Islam, tapi sebenarnya Islam pada nama, pada Melayu sahaja,” katanya lagi.

“Mungkin ada pihak yang kurang senang dengan kehadiran saya di sana kerana menganggap saya menggugat mereka, tapi saya hanya bercerita soal akidah, berdakwah di jalan Allah, saya juga menolak sikap kadi Hulu Langat yang tidak profesional, yang lebih pentingkan diri daripada membantu mengembalikan akidah dan iman umat Islam di landasan yang betul,” katanya lagi.

12 ulasan :

  1. bob lu nak mendalami islam kenapalah lu join parti politik, gua rasa lu silap alamat,banyak dalam malaysia bijakpandai ugama kenapalah lu pilih parti pas,gua rasa lu tarik handbrake pusing balik je,kesian gua tengok lu mangkin jauh mangkin sesat nanti lu.

    BalasPadam
  2. PENGECUT RUPANYA..

    BalasPadam
  3. kdg2 bila kita terlalu kecewa dlm hidup...sebaik2nya lah kita kembali ke jln Allah....bukan memburukkan org lain kerana kesilapan lampau kita....

    BalasPadam
  4. Bob nie ingat dia masuk PAS nie macam masuk islam kot? hakikatnya pas sekarang penuh ngan org cam mat sabu , golongan khawarij dan pengikut anwarinas je.bob nie nak berpolitik.nak jadi YB,tengoklah nanti.

    BalasPadam
  5. Baru setahun jagung masuk parti politik, cakap dah mcm alim ulamak yg sudah puluhan tahun mendalami agama.
    Hanya dia saja yg betul, org lain semuanya salah, undang2 pun dah x dihiraukan.... kalau nak hidup bebas utk buat apa saja bob baik kau ddk dalam hutan sbb x ada dlm dunia ini negara yg x ada undang2, hutan je lah tempat yg sesuai bob.
    Sedar2lah bob ilmu x ada tp dah jd bongkak, sombong dgn imej kau tu, org sekeliling dah x kau hiraukan, lepas tu nak samakan kau dgn rakan2 rasulullah, x layak lah bob, sedar x kau tu siapa bob.
    Baru belajar sepatah dua, kau dah merasa diri kau tu hebat.
    Kau tu masuk parti politik dan nk memperjuangkan parti politik, x malu ke bob nak sama tarafkan kau dgn rakan2 rasulullah.
    Bawak2lah mengucap bob, banyak tempat lg utk kau nak mendalami agama ni yg tidak bersangkut paut dgn politik.

    BalasPadam
  6. nk bantu orang islam mengaku keanl agama la kata dia... sendiri pun bengkok.. ikut law la.. bukan semua boleh bagi ceramah membabi buta je..

    BalasPadam
  7. SUDAH MUDAH NAK DAPAT LESEN ULAMA DALAM PAS ? BELAJAR DUA TIGA PATAH KALIMAH ALLAH DAN SEPOTONG DUA HADIS NABI MAKA JADILAH SEORANG ALIM, SEORANG ULAMA TERSOHOR.OH ALANGKAH MUDAHNYA NAK MASUK SYURGA ALLAH....TAK PAYAH BELAJAR, MASUK PAS SAJA DAH TENTU MASUK SYURGA ALLAH BAHKAN BOLEH PILIH PINTU SYURGA MANA YANG HENDAK DIPILIH....SETELAH MENDAPAT SIJIL DARI UNIVERSITI PAS DAN DITANDATANGANI OLEH CANCELOR NIK AZIZ MAKA SISWA DAN SISWI PAS BEBAS UNTUK MEMAKI HAMUN DAN MENGKAFIRKAN SESIAPA SAHAJA TANPA PERLU TAKUT DOSA.....BEBAS MENGELUARKAN FATWA KARUT, BEBAS MELAKUKAN APA SAJA DI ATAS MUKA BUMI ALLAH INI TANPA BERDOSA.....AGAMA ALLAH DIJADIKAN AGAMA BARU DENGAN PENAMBAHAN DAN PENGURANGAN HUKUM MENGIKUT CITARASA SENDIRI DAN POLITIK.....HUKUM YANG MENGUNTUNGKAN DIRI DAN PARTI DITERIMA DAN DIHEBAHKAN DEMI MENCARI LABA MURAHAAN.....MANAKALA HUKUM YANG TIDAK BERPIHAK KEPADA DIRI DAN PARTI DITOLAK MENTAH MENTAH.....INDIVIDU YANG TIDAK SEALIRAN DIHINA DAN DIKEJI SEKEJI-KEJINYA.....INILAH KUALITI DAN PERIBADI GRADUAN YANG LAHIR DARI UNIVERSITI PAS....BEGITU JUGA DENGAN BOB LUKMAN.....BARU SETAHUN JAGUNG DAN BARU MENGENAL ALIF BA DAN TA SUDAH MENDAPAT ANUGERAH DARI DEKAN NIK AZIZ DAN DILETAKKAN SETARAF DENGAN ULAMA DAN ILMUAN YANG SEBENAR TANPA MENGELUARKAN BELANJA,MENGHABISKAN MASA DAN MERANTAU JAUH DEMI MENCARI ILMU AGAMA...CUKUP SEKADAR MENGHAFAL DUA TIGA PATAH AYAT AL-QURAN DAN HADIS NABI...ITU SUDAH MEMADAI MENGIKUT KACAMATA ULAMA ULAMA PALSU DALAM PAS......seruan nabi agar belajarlah ilmu hingga ke negeri cina dan menuntut ilmu bermula dari buaian hinggalah ke liang lahad " SUDAH TIDAK RELEVEN LAGI MENGIKUT KACAMATA PEMIMPIN PAS...SEMUA ITU CUKUP DENGAN PANDAI MENCACI DAN MENYUMPAH SERANAH MAKA JADILAH SEORANG ITU ULAMA DAN TOK GURU TERSOHOR YANG AKAN DIPUJA OLEH PENGIKUT DAN KAUM....SEBENARNYA BOB TELAH MEMILIH JALAN YANG TERAMAT SESAT DALAM MENCARI REDHA ALLAH....DI DALAM PAS BUKAN LAH TEMPATNYA, TERLALU BANYAK JALAN LURUS DAN BENAR YANG BOB AKAN TEMUI DI LUAR SANA DAN PILIHLAH YANG SESUAI....DI SINI PENUH IKHLAS, DI SINI TIADA KEBENCIAN, MAKIAN, KEJIAN MALAH HINAAN......DI SINI BOB AKAN TEMUI KEINDAHAN ISLAAM YANG HAKIKI DAN BOB AKAN LEBIH MENGENALI TUHAN DAN ISLAM TANPA DICEMARI UNSUR-UNSUR LUAR YANG MEMUDARATKAN...DAN DI SINI BOB JUGA AKAN MENEMUI KETENANGAN, KEINDAHAN UKHWAH DAN PERSAUDARAN ISLAAM YANG SEJATI.....SELAIN DARI KOLEJ DAN UNIVERSITI PAS....BOB AKAN DIAJAR MENJGA LIDAH, MENJAGA BAHASA DAN MENJAGA ADAB MENURUT AJARAN ISLAM SEBENAR....KEPADA BOB TOLONGLAH TINGGALKAN JEMAAH PAS YANG TERNYATA BOLEH MENIMBUNKAN DOSA-DOSA SEPANJANG MASA....SEMAKIN LAMA BOB DI DALAM PAS MAKA SELAMA ITULAH DOSA DOSA BOB AKAN BERGANDA TANPA SEDAR........DI DALAM PAS HATI BOB AKAN DITUTUP HIJAB YANG MAHA TEBAL...DAN BOB TIDAK AKAN NAMPAK KEBENARAN........AYUH TINGGALKAN LAH PERJUANGAN YANG MAHA SESAT DAN SIA-SIA INI.....UNTUK MENCARI ISLAM HAKIKI PAS BUKANLAH TEMPATNYA.......FIKIR-FIKIRKAN LAH.....

    BalasPadam
  8. Ko silap bob...ko masuk Pas ko akan dapat musuh..kalo ko masuk join Jemaah Tabligh lagi selamat...dia org tak kacau org..dan sakitkan hati orang...lUUU Silaaap Bob !

    BalasPadam
  9. TANGKAP JER LAH BOB NIE...BUANG MASA JER LAYAN BOB NIE....DAH BUAT SALAH NAK SALAHKAN PIHAK LAIN PULAK...DAH TAHU X DER TAULIAH SAJA JER NAK LANGGAR PERATURAN,,NAK DAPAT PUBLISITI KER BOB????

    BalasPadam
  10. TUAN GURU BOB ADA ILMU KEBAL WOOOOO

    KHALIFAH GUAN ENG AJAR DIA

    KAUNG KUANG

    BalasPadam
  11. mungkin dia ingat dia sorang je boleh kurang ajar...

    BalasPadam
  12. bob tu perasan tak ape yg dia ckp..,nk kuarkan kenyataan kene pikir dulu..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online