Gua setuju dengan pandangan Ahmad Maslan, tak cukup kalau Lim Guan Eng mintak maaf melalui media saja.. Ketua Regim komunis di Penang tu patut mengadap baginda Tuanku Sultan Johor untuk mohom maaf..
Kalau dibiarkan cara yang digunapakai oleh khalifah pujaan Pas tu, lepas ni semua pemimpin Pakatan boleh memburukkan negeri-negeri dibawah naungan Raja-raja melayu sesuka hati..
Dan bila ada rakyat yang marah.., dorang boleh mintak maaf dan terlepas dari sebarang tindakan.. Mana boleh macam tu beb.. Ingat Raja-Raja melayu tak ada maruah ke?
So.., kalau betul-betul Lim Guan Eng ikhlas nak mintak maaf dari Sultan Johor, dia wajib mengadap baginda tanpa sebarang alasan..
Itu baru boleh dikira sebagai menghormati Sultan.. Kalau tak, Lim Guan Eng boleh kita cop sebagai seorang kafir yang tak faham rukun negara dan tak tahu hormat pada institusi diRaja !!
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng didesak membuktikan keikhlasannya meminta maaf kepada Sultan Johor dengan menghadap baginda setelah membuat kenyataan memburuk-burukkan negeri itu, kata ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.
“Sebagai rakyat Johor, saya cabar Guan Eng datang sendiri menghadap Sultan, bukannya membuat permohonan maaf melalui suratk khabar sahaja,” katanya di petik Utusan Malaysia hari ini.
Lim didakwa memburuk-burukkan Johor pada satu lawatan kerjanya ke Singapura dengan mengeluarkan kenyataan bahawa Johor tidak selamat kepada pelancong dan seseorang mungkin diculik di negeri itu berbanding di Pulau Pinang.
Beliau bagaimanapun telah memohon maaf kepada Sultan Ibrahim Iskandar yang melahirkan rasa kecewa baginda berhubung kenyataan itu.
“Beliua kena buktikan keikhlasan ucapan maaf itu dan tunjukkan yang beliau benar-benar insaf menyatakan sedemikian,” kata Ahmad.
Berikutan rasa tidak puas hati dengan permohonan maaf itu, Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu (PPPM) bertindak membakar patung kertas Lim di Kulaijaya, semalam.
setuju sangat2 walaupun gua orang selangor!!
BalasPadam