BREAKING NEWS

GEMPAR!!! PapaGomo dan Dr Novandri akan tutup blog akibat nasihat Nik Aziz..


Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, setiap blogger mahupun pengamal media baru perlu banyak belajar agar boleh menjadi seorang penulis yang berhemah.

"Setiap blogger serta pengamal media baru perlu terus belajar dan jangan henti untuk kita terus belajar kerana ia akan dapat melahirkan kita sebagai penulis yang lebih berhemah.

"Kita melihat apa yang berlaku sekarang ini kebanyakan blogger memaparkan dengan perkara yang tidak betul dan melemparkan fitnah-fitnah," jelasnya sewaktu merasmikan Persidangan ICT dan Media Baru 2011 di Dewan Datuk Fadzil Noor, Taman Melewar.

Tambahnya lagi, sebagai seorang blogger perlu mempunyai sifat-sifat yang mulia, bukannya menulis perkara-perkara fitnah.

Beliau juga memberitahu ada penyakit yang perlu diubat dalam dunia blogger yang dilihat sentiasa melemparkan perkara-perkara yang tidak benar malah menjadikan ia satu usaha penyebaran unsur-unsur jahat dengan niat.

"Penyakit menyebar fitnah perlu diubat kerana ini akan menjadikan budaya ytang tidak sihat di negara ini malah ia akan menjadikan budaya penyebaran fitnah yang tidak berhemah.

"Saya tekankan di sini blogger kena belajar dan mempunyai pengetahuan agama yang kuat, cara ini sajalah yang dapat mengubat penyakit penyebar fitnah di dalam dunia media baru.

"Selain itu pembelajaran kesasteraan juga perlu untuk kita mantapkan penulis ayar ayat-ayat yang kita tulis mempunyai nilai tersendiri serta menarik minat pembaca," sambungnya lagi.

Nik Aziz juga meminta blogger serta pengamal media baru mempelajari bagaimanakah cara untuk menjawab setiap isu fitnah dengan menitik berat serta mengambarkan nilai-nilai keIslaman kerana ia juga dapat memberi kesan mendalam kepada penjelasan kepada fitnah.

"Kita perlu belajar untuk menjawab setiap persoalan dan ini akan memastikan untuk setiap soalan atau fitnah dapat kita perjelaskan kembali dengan cara yang baik, ini akan memberi kesan kepada setiap pembaca.

"Di sinilah yang akan dinilai oleh setiap pembaca dan mereka sendiri yang akan menilai siapa yang betul mahupun tidak dan saya pasti penjelasan yang baik Umno juga akan dapat berubah setelah tidak dapat menimbulkan isu baru kerana penjelasan kita berikan itu," tambah Nik Aziz lagi.


p/s: Huhuhuhu... Nasib baik gua tak geng dengan Gomo dan Dr MIM tu.. Kalau tak, gua pun kena tutup blog jugak laa.... =)

8 ulasan :

  1. Blogger upahan Nike ajis saperti Poji Perisik Rakyat dan Tulang Bsi tu beritika kee...kah kah kah bila dah kena serang tak larat nak lari ke tok ajis oii...

    BalasPadam
  2. gomo dah hijack APC yg ada ramai fan tu..kire kalo dia tutup blog yg sampah je tu pun..dia tak heran...dia boleh peras ugut YB2 yg pegang dia dengan page APC tu...gomo n padi jantan..jgn main2..ko tunggu je la skit hari lagi...

    BalasPadam
  3. malas aku nak layan si " tua kutuk " nie ..cakap berbelit2..

    BalasPadam
  4. orang dia buat boleh, orang kita buat haram, berniat jahat dan fitnah! Piiiii lah mampus!!!!

    BalasPadam
  5. sebelum nak nasihat org, nic ajiz kena tgok diri sendiri dulu..

    BalasPadam
  6. wkwkwkwk.... nasihat yang baik buat diri nik ajis sendiri

    BalasPadam
  7. blog pro umno belajar fitnah dari blog upahan pas, cuma bezanya blog pro umno ada bukti yang kukuh bukan prasangka. hai tuan guru nada macam angkat bendera putihje, nak alih fokus blog pro umno ke.

    BalasPadam
  8. dia tahu ke ape itu blog & APA ITU BLOGGER, pernah ke dia baca blog blog dan buat bandingan antara blog PAS & UMNO ATAU PUN HEAR SAY shj. (MATT)

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online