BREAKING NEWS

GEMPAR!!! Bila Paderi dan Sami bagi derma untuk orang Islam...

Sami yang datang melawat sambil menderma..

Kita marah bila tahu ada umat Islam yang kesusahan serta kesempitan hidup mendapatkan sumbangan berbentuk wang ringgit ataupun bahan makanan dari Mubaligh Kristian ataupun Sami Buddha.., tapi siapa yang perlu kita marah sebenarnya?

Perlukah kita marah kepada umat Islam yang terima bantuan tu? Ataupun kita marah pada masyarakat Islam sekitar yang bakhil untuk membantu..? Ataupun kita marah kepada pegawai kebajikan dan pegawai agama?

Apa yang gua nak sampaikan disini ialah.., baru-baru ni gua dapat satu berita mengenai seorang wanita muslim yang mengidap kanser payudara tahap 4 dan juga anaknya yang mengidap penyakit jantung di Johor.


Dorang ni amat memerlukan bantuan khususnya untuk membiayai pembedahan jantung anaknya yang menelan belanja beribu-ribu ringit..

Ada sahabat blogger gua yang prihatin dan baik hati, cuba untuk mewar-warkan kisah keluarga malang tu didalam blog dia.. Tapi macam biasalah.. Selagi tak masuk TV3.., selagi tu lah bantuan tak sampai..

Yang menariknya..., lain yang diharap.., lain pulak yang datang. Wanita dan anaknya tu didatangi oleh sekumpulan Paderi Kristian untuk menyalurkan sumbangan berbentuk wang ringgit.

Dua tiga hari berselang, datang pulak Sami Buddha tunjukkan simpati pada dorang.. Of course lah dorang datang dengan bantuan wang ringgit dan kelengkapan hidup..

Yang jadi persoalannya sekarang.., mana perginya pegawai kebajikan dan juga pegawai-pegawai agama kita untuk memantau orang yang memerlukan bantuan??


Gua dimaklumkan.., pederi-paderi Kristian dan para Sami tu sentiasa berkeliaran di kawasan Hospital terbabit bagi tujuan membantu pesakit-pesakit yang perlukan bantuan khususnya umat Islam dan melayu..

Korang nampak tak apa yang gua nampak? Selain dari alasan untuk bantu pesakit.., paderi dan para sami ni mengambil peluang untuk berdakwah dengan menunjukkan keprihatian agama dorang..

Soo..., sekali lagi gua nak tanya.., mana perginya pegawai kebajikan dan pegawai agama untuk bantu umat Islam yang kesusahan macam wanita dan anaknya ni? Takkan hanya tahu tunggu diatas kerusi empuk pejabat sambil diselubungi udara sejuk penghawa dingin??

Gua dah cuba tanya beberapa sahabat gua pasal isu ni.., tapi jawapan dorang amat TOLOL dan Bangang beb.. Apa kejadahnya dorang harap umat yang perlukan bantuan macam wanita dan anak dia tu mengadap dorang di Pejabat? Tak reti ke nak turun padang untuk bantu sesama Islam?

Dan bila umat Islam tertarik kepada agama lain yang lebih menjaga kebajikan dan juga prihatin terhadap keperluan penganutnya, tahu pulak para cerdik pandai agama tu nak marah.. Tapi lu nak marah pada siapa sebenarnya tu beb?

Kepada pegawai-pegawai kebajikan dan juga pegawai-pegawai agama yang sepatutnya memikul amanah memantau umat Islam yang perlukan bantuan, gua suka banget nak tanya korang..., korang sebenarnya nak tunggu TV3 dan Program BERSAMAMU datang ke baii? Masa tu baru korang reti nak tunjukkan muka ke?

Kalau semua nak tunggu TV3 dan program BERSAMAMU.., baik serahkan je semua peruntukan kebajikan dan segala duit kutipan Baitulmal kepada TV3 untuk diagihkan kepada orang yang memerlukan.. Betul tak?

8 ulasan :

  1. Depa cuma pandai ngendap orang beromen, tangkap orang tak puasa dan beli nombor ekor aje.

    BalasPadam
  2. Saya sebenarnya setuju la sangat.. ape ke jadah keje yag dibuat oleh pegawai2 JKM dan Pegawai JAI Negeri , Mentedarah je kejenya . cukup bulan amik gaji . datang pejabat sembang , bangsa nak tengok2 orang susah haram xnak , takut panas laa .. ape kejadah keje mcm tu ..

    BalasPadam
  3. tak salah ....pegawai kebajikan dan pej agama islam atau pej baitulmal bertanya...macamana
    organisasi agama/kebajikan bangsa
    lain bergerak membantu....

    kalau malu bertanya...baik mereka bergerak seminggu sekali atau sebulan sekali ke wad-wad hospital
    pastinya dapat berjumpa pelbagai
    masalah yg ditanggung oleh pesakit.

    yg simple lah...cuba rapati pesakit..dan tanya sape jaga,ade berapa duit,ape penyakit....kalau jawapan mengharukan...nyatalah dia perlu bantuan!!! jadi susah jadi pegawai ker?

    kekadang pegawai kerajaan nie dah lemau..naik lemak kerna sudah terbiasa dan tidak ada perubahan dari segi takbir urus dan program
    yg mengikut peredaran masa dan kehendak semasa dilakukan oleh organisasi.

    BalasPadam
  4. Padri dan sami budha ni tak ada OFFICE,dia org duduk kat gereja dan to pe kong,dia org sentiasa mencari MANGSA.kementerian kebajikan masharakat ada OFFICA yang ENAK,ada banyak pintu yg harus dibuka untuk MENYEMBAH mereka.yang perlukan bantuan adalah Ali tetapi yang diINTRVIEW siAmat,tapi siAmat ada tv kat rumah jadi Ali tak dapat bantuan sbb siAmat mampu menyara Ali.bagitulah sebahagian adanya.

    BalasPadam
  5. ya Allah harap2 adik2 aku ini tidak tersasar akidah mereka. terima kasih MPP sebab jolok sarang tebuan. selagi tak jolok, selagi tu lah dia orang tidur!!

    BalasPadam
  6. jangan samakan penjawat awam dari jabatan kebajikan dan pejabat agama dengan pendakwah bebas.. kalau orang tu prihatin nak bagi bantuan dia akan bagi.. so perkara ni sepatutnya tak jadi isu sangat.. ramai gak umat islam yang bagi bantuan di hospital-hospital cuma mungkin pesakit ni terlepas dari sasaran atau kelompok pemantauan...

    so .. jangan salahkan kakitangan awam.. dah kira baik dah keje diarang perah keringat kena maki hamun kat opis dan tanggung beban rakyat.. KALAU PRIHATIN SANGAT TAK PERLU LA NAK POSKAN CERITA NI KAT WALL ATAU BLOG.. PI BUAT SENDIRI.. PI BAGI KEBAJIKAN KEPADA YANG MEMERLUKAN DENGAN CARA SENDIRI

    BalasPadam
  7. benda ni biasalah..pegawai ni kan kerja Gov..mestila duk pejabat je..mana boleh kena panas..nanti habislah mekap.

    BalasPadam
  8. INILAH AKIBATNYA JIKA PROSEDUR KERJA KEKAL DI TAKUK LAMA. LANGSUNG TAKDE PERUBAHAN. JABATAN LAIN DAH DAPAT AKREDITASI, ISO, 5S, BLA BLA BLA TAPI DEPA TANG TU JUGAK..

    MEMANG PATUT PUN KENA BLAME OLEH MASYARAKAT..SEOLAH2 LANGSUNG TAK BUAT KEJE..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online