Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
DAP Penang salahkan MCA dan Gerakan didalam isu ramas nenen.
Comments : 0
Satu sub-plot telah muncul dalam skandal seks terkini di Malaysia. Bukan sahaja parti Perdana Menteri Najib Razak UMNO yang terlibat, tetapi komponen BN Gerakan dan MCA jjuga mungkin telah memainkan peranan dalam konspirasi untuk menyerang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng melalui anaknya.
Pemimpin-pemimpin DAP telah mendakwa pemimpin Gerakan dan MCA memujuk ketua gabungan, UMNO, untuk menuduh anak lelaki Guan Eng yang berumur 16 tahun mencabuli seorang pelajar perempuan.
Perempuan itu kemudian dikenal pasti sebagai juara catur UK Anya Sun Corke, yang telah menafikan mengenali budak lelaki itu dan mengecam mereka yang terlibat dengan khabar angin itu.
“Pemuda Gerakan mungkin telah mendedahkan maklumat itu, yang tidak benar tetapi apa yang mungkin terdengar oleh mereka di jalanan,” kata Ng Wei Aik, ahli DUN Komtar, yang juga mrupakan setiausaha politik Lim.
Pemimpin DAP itu juga menyalahkan Ketua Rancangan Strategik Pemuda MCA Foo Seck Chyn, yang telah menggunakan laman-laman web sosial untuk menyebarkan pembohongan itu dan pada masa yang sama, cuba berlagak suci di media dengan menghentam serangan ke atas keluarga Lim itu.
Wei Aik juga mendakwa setiausaha media Presiden MCA Chua Soi Lek yang juga bekas pemberita Giam Say Khoon, Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang H’ng Khoon Leng dan Naib Ketua Pemuda Albert Tan Kah Leong bersubahat dalam komplot yang telah makan tuan ini.
Sementara itu, Gerakan telah menyerang semula Wei Aik, mencabar ahli DUN Komtar itu untuk membuat laporan polis daripada membuat tuduhan kosong. Ketua Publisiti Gerakan Thor Teong Gee mendakwa Wei Aik mempunyai motif politik dalam melibatkan Gerakan dalam isu ini.
“Ng juga bermain politik kotor dan menyalahkan Gerakan untuk semua isu-isu negatif. Jangan sewenang-wenangnya membuat tuduhan tanpa bukti kukuh. Jangan sewenang-wenangnya melibatkan kami dalam air keruh apabila kamu atau bos kamu tidak senang hati,” kata Thor dalam satu kenyataan.
“Jangan salahkan Gerakan kalau kamu ada sembelit dan tidak boleh ke bilik air. Sebagai wakil rakyat yang dipilih, tolong berkata-kata dengan munasabah dan dengan fakta.” - Malaysia Chronicle
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Catat Ulasan