BREAKING NEWS

Budak N.9 kena belasah pasal bakar bendera Terengganu..


SEORANG lelaki yang dipercayai penyokong pasukan bola sepak Negeri Sembilan dibelasah teruk di Stadium Shah Alam malam tadi selepas perlawanan akhir Piala Malaysia, Terengganu menentang Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dibelasah beramai-ramai oleh penyokong bola sepak Terengganu kerana tindakannya yang didakwa telah membakar bendera Negeri Terengganu serta mencetuskan provokasi setelah pasukan Terengganu tewas 1 - 2 kepada Negeri Sembilan.

Lelaki tersebut dikatakan mencetuskan provokasi dengan membakar bendera Negeri Terengganu di kawasan tempat letak kereta penyokong Terengganu. Rakan-rakan yang cuba menyelamatkannya juga turut terkena pukulan sekumpulan penyokong Terengganu yang berang dengan tindakan itu.

Tindakannya yang cuba menyelamatkan diri dengan melarikan diri ke dalam sebuah bas penyokong Terengganu memburukkan lagi keadaan. Meskipun ada segelintir penumpang yang simpati, lelaki tersebut terus dipukul.

-credit to CelahGelegar.


p/s: Apo kono ekau ni jang oii? Dah monang pun tak pueh ati laie ko? Buek malu kaum yoo.. Hahahahaha...

6 ulasan :

  1. padang muke...mung igt tmpt tu n sembilang ke? nebeng sgt! ambek mung!

    BalasPadam
  2. Kurang ajar... padan mukanya... patut kena lebih lagi....

    BalasPadam
  3. Kalau aku orang tgnu pun aku akan pukul budak tu.

    BalasPadam
  4. Kalau aku ada sana pun aku akan tumpang sekaki, walaupun aku orang N9. Padan muka dia.

    BalasPadam
  5. Ini penyokong takda akal. Aku org N9. Tapi sampai bakar bendera tu memang tak patut la, Wajar dibelash...

    BalasPadam
  6. bodohnya..bakar bendera terengganu lepas tu mminta tolong pulak dengan orang terengganu..apa bangang sangat budak ni.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online