Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Wayang HUDUD sudah bermula.. PAS cuba tarik undi melayu..
Comments : 3
Karpal berkata cadangan Nik Aziz mewujudkan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan PAS ke-57, pada Jun lalu yang menukar dasar penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan.
Ia bukan saja dilihat tidak pragmatik, malah tidak kena pada masanya selain bercanggah dengan dasar pakatan pembangkang dan boleh menimbulkan ketakutan masyarakat bukan Islam.
Beliau juga hairan dengan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara peribadi menyokong hasrat Nik Aziz menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.
“Pelaksanaan hukum hudud boleh mengundang kebimbangan masyarakat bukan Islam bahawa ada usaha untuk mewujudkan negara Islam seperti Arab Saudi dan Sudan yang melaksanakan hukum hudud sehingga wujud jurang antara masyarakat Islam dan bukan Islam,” katanya ketika dihubungi.
Karpal juga berkata, Kerajaan PAS Kelantan harus pragmatik dan menerima hakikat bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara dan apa juga undang-undang berhubung kesalahan jenayah adalah termasuk dalam bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan.
Katanya, pakatan pembangkang juga perlu menyatakan pendirian berhubung isu berkenaan bagi meredakan kebimbangan masyarakat bukan Islam, tetapi menyifatkan kenyataan Anwar sebagai pandangan peribadi dan tidak mewakili PKR.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dalam laman sosial Twitter, berkata DAP konsisten dengan pendirian menolak penubuhan negara Islam serta hukum hudud yang dicadangkan PAS dan menganggap ia tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.
Lim berkata, hasrat PAS menubuhkan negara Islam dan hukum hudud bertentangan dengan dasar pakatan itu sebelum ini dan sebarang perubahan perlu diputuskan ketiga-tiga parti.
Sementara itu Anwar berkata, secara peribadi beliau menyokong usaha kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hukum hudud kerana ia tidak melanggar hak orang bukan Islam dan pentadbiran adil adalah dijamin.
“Buat masa ini, secara umum pada dasarnya saya percaya ini boleh dilaksanakan. Dalam perkara tertentu, terdapat jaminan yang jelas mengenai pentadbiran yang adil. Ia tidak mencabuli hak orang bukan Islam dalam apa cara sekalipun," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Salam.
BalasPadamArakian bermulalah lagi "wayang tongkol" seperti dok berlaku dah.
Tapi takkanlah orang Melayu nak diperbodohkan buat kesekian kalinya.
Cukup, cukuplah.
Enough is enough.
wayang lama ulang tayang. ingatkan Astro jer buat camtu!!!
BalasPadamNIK AZIZ KATA SAJA NAK TUBUH NEGARA ISLAM.....TAPI DIA SENDIRI PUN TAK MAMPU DAN TAK RETI....NAK HUDUD LAGU MANA BENDA YANG MUDAH PUN TAK BOLEH NAK SELESAI LAGI DI KELATE YAKNI MASALAH AIR....HUDUD LAGU MANA LAGI..DULU KATA MAHATHIR JADI PENGHALANG....BUATLAH SEGERA MAHATHIR DAH TAK DE DAH ...NAK TUNGGU SAPA BILA LAGI......TAK PAYAH KE KARPAL SINGH......TAKUTLAH KEPADA ALLAH....ALLAH LAGI BESAR DARI ABANG KARPAL......APA LA SITUA KUTUK NI TAK HABIS HABIS SALAHKAN ORANG KAN MU KEPALA KERAJAAN KELATE BUATLAH HUDUD DENGAN SEGERA DAH TIADA HALANGAN LAGI.....TAK HABIS HABIS NAK MENIPU RAKYAT..TAK HABIS HABIS NAK BODOHKAN RAKYAT......20 TAHUN DAH RAKYAT TUNGGU.....HAMPAS PUN TIADA....MU NI LIDAH BERCABANG....OTAK PENIPU...KECEK PELAWOK (BOHONG)..TIADA PENDIRIAN...PERIBADI DAN PRINSIP SEUMPAMA LALANG DITIUP ANGIN.......NI KE PEMIMPIN AGUNG PAS....
BalasPadam