BREAKING NEWS

Toyota Camry Interceptor 2.4 jadi kereta peronda Unit MPV PDRM


Baru-baru ini bertempat di Bukit Aman, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Syarikat SGT Power Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) telah menyempurnakan satu kunjungan hormat, taklimat dan penyerahan kereta Prototaip Peronda MPV jenis Camry Interceptor 2.4 kepada Unit MPV PDRM


Berlangsung di bangunan Menara 1 Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sesi penyerahan unit peronda MPV ini diketuai oleh Capt. Adam Abdullah, Pengarah Teknikal SGT Power Sdn. Bhd. manakala PDRM telah diwakili oleh YDH DIG Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara.


Dilengkapi dengan peralatan-peralatan canggih dan berteknologi tinggi yang akan membantu memudahkan penugasan di lapangan, kewujudan jentera ini dijangka akan menjadi pelopor kepada pembaharuan kaedah dan teknologi PDRM dalam memerangi jenayah di negara ini.


Turut hadir sama pada hari ini, YDH CP Dato’ Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, YDH DCP Dato’ Wira Muhammad Sabtu bin Osman, Timb. Pengarah KDN/KA (Kepolisan / Pencegahan Jenayah), YDH DCP Dato’ Acryl Sani bin Abdullah Sani, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, YDH DCP Dato’ Haji Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM) dan Pegawai-pegawai Kanan PDRM.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online