BREAKING NEWS

TERKINI!!! Mat Sabu TIPU pelajar sekolah Pondok..


Penganjur Majlis Memperingati 27 Pelajar Mangsa Kebakaran Pondok Pak Ya di Sekolah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah dekat Yan, kecewa dengan tindakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang gagal hadir pada majlis itu Khamis lalu.

Pengarah projek majlis berkenaan, Zainon Ismail mendakwa pihaknya rugi kira-kira RM30,00 kerana kos persiapan majlis dan aktivitinya serta harga mencetak buku lebih 1,000 naskah, "Kisah Sedih 27 Puteri Rentung Dalam Tragedi Kebakaran 22 Sept" yang dijadualkan dijual kepada hadirin pada perasmian majlis itu.

Beliau juga amat merasa malu dengan tohmahan yang dilemparkan oleh hadirin kerana dimaklumkan Mat Sabu tidak dapat hadir pada majlis itu, katanya.

Majlis berkenaan julung kali diadakan oleh Alumni Pondok Pak Ya bagi memperingati 27 mangsa yang terkorban dalam satu tragedi kebakaran di Pondok Pak Ya yang kini ditukar menjadi Sekolah Agama Taufikiah Khairiah Al-Halimiah pada 22 September 1989, di samping mengeratkan hubungan antara alumni dengan pelajar baru.

Dalam kejadian 2.30 pagi pada 22 September 1989 itu, lapan blok asrama perempuan di sekolah yang lebih dikenali Pondok Pak Ya di Padang Lumat rentung dan mengorbankan 27 pelajar manakala enam pelajar dapat menyelamatkan diri dalam keadaan melecur teruk dan cedera lain termasuk pinggang patah.

Katanya, beliau difahamkan Mat Sabu tidak dibenarkan hadir ke majlis itu tanpa alasan kukuh oleh Perhubungan PAS negeri dan kawasan.

Perhubungan PAS negeri memberikan syarat bahawa pemimpin pusat parti itu perlu mendapatkan persetujuan daripada kepimpinan PAS kawasan terlebih dulu sebelum hadir pada sesuatu majlis.

Bagaimanapun, Mat Sabu tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara ini.

4 ulasan :

  1. laa! yang ni pun nak jadi issue. kang ada yang mai buat demo pulak. huduh punya perangai

    BalasPadam
  2. Dia takut pi kedah takut kena baling dengan tahaik...oh mat sabu...rit.

    BalasPadam
  3. tak mai kerana takut ker.....@ diarah supaya tidak dtg....
    Kalo mat sabu mai, hang simpan la bini hang pa kat umah... bahaya...

    :))

    BalasPadam
  4. SEKOLAH NI PUN SATU....KAN DAH TAHU MAT SABUN TU DAH JADI KAYU BURUK DAN TIADA NILAI SATU SEN PUN SEKARANG....MENGAPA MANUSIA TOLOL INI JUGA YANG DIUNDANG...KAN MENIMBULKAN MASALAH...KERUGIAN TU PAKAT TANGGUNGLAH......MESTI DIINGAT, DUIT ITU DUIT ANAK-ANAK ORANG SUSAH....JANGAN HABIS BEGITU SAHAJA DAN PIHAK YANG MENGANJUR MAJLIS TERSEBUT PERLU BERTANGGUNGJAWAB.....LAIN KALI NAK ANJURKAN MAJLIS TOLONGLAH JEMPUT INSAN YANG ADA KARISMA DAN BERWIBAWA ......INI MAT SABU JUGA YANG DIIDOLAKAN.....PADA AKU LAH NAK TENGOK MUKANYA PUN AKU TAK LALU KERUH SEMACAM SAJA WAJAHNYA TAK SEPERTI WAJAH MANUSIA YANG ADA NUR......LAIN KALI FIKIR DULU SEBELUM BERTINDAK.......LUPAKAN LAH MAT SABU BUAT SELAMANYA KERANA MANUSIA SEBEGINI TIADA SEBESAR KUMAN PUN JASA DAN PERANANNYA UNTUK MEMBANGUN UMMAH......FIKIRKAN LAH

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online