BREAKING NEWS

Tercapai juga cita-cita Nasrudin nak bergambar dengan Ahmad Idham..


Isu filem Hantu Bonceng yang dikatakan mempersendakan kalimah syahadah akhirnya selesai selepas Ketua Dewan Pemuda PAS (DPP) yang diwakili Nasrudin Hassan menerima penjelasan daripada penerbit filem tersebut Ahmad Idham Ahmad Nadzri.

Excellent Pictures dalam satu kenyataan di sini, Isnin, berkata dalam pertemuan itu kedua-dua pihak sebulat suara mencapai penyelesaian dalam suasana yang cukup mesra dan menganggap isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan lagi.

“Pertemuan ini memberikan hasil yang cukup positif. Selain itu, ia juga menunjukkan sifat keterbukaan kedua-dua belah pihak dalam menerima sebarang cadangan sekali gus mampu memperbaiki penghasilan filem pada masa akan datang untuk industri perfileman tempatan.

“Perbincangan ini turut mencapai kata sepakat sementara pihak Pemuda PAS juga bersedia menyokong penerbitan filem tempatan khususnya yang boleh membawa mesej berguna kepada masyarakat,” katanya.


Aikk..., senang sungguh Nasrudin selesaikan kes Hantu Bonceng ni.. Hari tu bukan main lagi meroyan marah kat Ahmad Idham.. Sekarang ni bila jumpa je dah sejuk hati ke?

Gua syak si Nasrudin tu sebenarnya saja je nak cari populariti murahan.. Dan mungkin dia saja je nak lunaskan impian untuk bergambar dengan pengarah pojaan dia tu..

Manalah tahu kann.. Kot-kot si pengarah tu offer dia jadi pelakon.. Dapat watak Hang Cangkul pun jadilahhhh... Hahahahaha...

3 ulasan :

  1. setuju sangat2 bahlol tu saja nak amik gambar dengan artis dan pengarah terkenal!!!!

    BalasPadam
  2. x baik ckp camtu bro..mungkin nasaruddin dah faham masalah sebenar.JAKIM pun cakap citer tu xde masalah.

    BalasPadam
  3. ape punye bgsat la org2 pas ni, klu geng2 dia yg cina n india tu main2 ayat al quran x bising plak..BODOHHHHH!!!!!!!!!!!!!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online