Gua dah mula terhidu pemberontakan dari "Third Force" dalam pentadbiran negeri Selangor.. Mungkin kalau pilihanraya Umum tak jadi tahun ni.., kita akan saksikan peristiwa ala-ala Perak 2 pulak di negeri tu..
Khalid gagap sudah goyang beb.., Khalid gereja jugak sudah bimbang.. Gua dapat tau, Anwar pun sudah pening macam mana nak cover Selangor..
Duit negeri sudah habis dorang telan.. Nama je negeri berkebajikan tapi kebajikan rakyat Selangor langsung dorang tak peduli..
Majlis Perbandaran kat Selangor semuanya dah nyawa-nyawa ikan.. Duit habis beb.. Mana perginya? Korang tanyalah puak-puak DAP yang control disitu..
Sebab tu lah Khalid gereja sudah kecut.. Kakitangan awam di Selangor sudah mula meroyan pada kerajaan Pakatan.. Tambah-tambah agensi yang membabitkan agama..
Tunggu jelah apa yang bakal jadi.. Cuma lambat dengan cepat je kita akan tengok kerajaan Pakatan Selangor tu tumbang..
Lepas tu kita lawan pulak pasal sapa yang bakal naik jadi MB baru... Hahahahahaha....
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa pihak-pihak tertentu telah mengadakan pertemuan tertutup membabitkan agensi-agensi agama dan pertubuhan bukan kerajaan Islam (NGO) untuk menjatuhkan kepimpinan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.
Langkah itu didakwa diusahakan ekoran kes serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) dekat Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu ekoran kononnya ada usaha memurtadkan umat Islam.
Khalid, yang juga Yang Dipertua PAS kawasan Shah Alam berkata, pertemuan membabitkan beberapa NGO Islam bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa serta wakil dari Pejabat Peguam Negara.
“Mereka membincangkan memorandum untuk dihantar kepada Sultan Selangor, menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini. Nampak-nampak gaya satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan Menteri Besar.
Adalah diharapkan tiada Exco dari Pakatan Rakyat, lebih-lebih lagi dari PAS, yang turut serta,” kata beliau dalam entro blognya semalam di bawah tajuk “Coret Minggu Pertama Syawal”.
Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, Khalid berkata beliau tidak pasti bila pertemuan itu diadakan tetapi telah diadakan bulan lalu.
Kata Khalid, sebelum era Mac 2008, semuan pihak termasuk Jais dan Mais mengambil sikap berdiam diri dengan cara pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN).
“Tetapi di zaman Menteri Besar yang berkebajikan (pimpinan Khalid Ibrahim), bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak Menteri Besar.
“Adalah dikhuatiri akan ada yang mula bertanya, “mengapa dulu diam, sekarang nak bising?” Seterusnya nanti ada pula yang akan menganggap dulu dapat bahagian! Sekarang habuk pun tiada, maka itulah sebabnya bikin kecoh,” katanya.
Dalam entrinya juga, Khalid berkata, Umno terus mengheret pihak istana untuk kepentingan politik parti komponen BN itu.
Katanya, ketika zaman BN memerintah Selangor, jarang sekali kedengaran berita Sultan Selangor kecuali berhubung program adat istiadat tetapi sekarang kerap diketengahkan.
“Itulah perangai Umno. Bila Umno sudah tidak laku, mereka ketengahkan Sultan sedangkan dulu mereka sendiri yang mencaci Sultan.
“Yang paling saya khuatir ialah tercemarnya imej pihak Istana dan DYMM Sultan Selangor sekiranya terus diheret sedemikian rupa oleh juak-juak Umno-BN,” katanya sambil menambah, institusi yang above politics’ atau ‘mengatasi pertimbangan politik’ ini akan tercemar dalam kelicikan politik Umno yang hanya ingin terus berkuasa walau apa sekalipun berlaku.
Kamu ni la KS. PR tiada pemimpin yg baik, terutama PAS. Semua useless and know nothing pasal pentadbiran negeri. Semua isu yg di heboh tiada kaitan dgn masa depan negeri atau negara. contohnya kes Mat Sabu dan Komunis, that is history dan apa bolih benda ni letak nasi dan lauk atas meja rakyat. Masa depan kami dgn kes murtad. You PAS dan PKR tak tau nak handle benda2 simple mcm ni.
BalasPadamKS, I ingat you ni bijak la sikit, but sama je dgn kartun2 PKR.
Now pun tengok, asyik nak salahkan org. We are tired lah. Look at yourself and the parti. Show UMNO, you all ni bijak. Really, we all feel you all very childish, not professional and poor strategies.
To survive this 21st Century KS, you have to do better than this bcos all your statement mcm org kampong tahun 50han. I pun pening la dgn you all ni. Ingat bolih tukar parti PRU13 ni, huh hampeh engkau org ni makin hari makin lagi teruk.
Salam sahabat blogger saya saudara MPP,takut saya baca amaran sebelum nak buat komen hehehe.. namun saya terpaksa dan maafkan saya.
BalasPadamSaya dapat info dari rakan fb yang meminta saya selidik benarkah LGE pergi bercuti ke Cina dengan menyewa pesawat khas pada 31 Ogos yang lalu.
Saya berasa sahabat yang paling layak dan boleh mendapatkan sumber ini. Setelah sahabat terbitkan didalam blog ini tolong infokan kepada saya, kerana saya nak kongsikan artikel tersebut ke dalam groups saya di fb.
Terima kasih sahabat sudi membaca buat seketika, dan saya berharap sahabat dapat menghubungi saya bila segalanya telah diperolehi.
sekian mnoekembalak
Duit Majlis Perbandaran manalah tak habis... Jln 222 Petaling Jaya umpamanya, tempat yg tak pernah ada org berjalan kaki baik siang atau pun malam (gelap dan merbahaya) siap pasang besi aluminium tepi jalan, buat apa? Di SS8 kiri kanan jalan penuh dgn bus stop, siapa yg menunggu bas? Setiap rumah tak kurang 2 - 3 kereta... faham2 ajalah...
BalasPadam