Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Mahfuz jadi tiga suku bila Najib berjaya halang kenaikan cukai 6 peratus..
Comments : 7
PAS menyifatkan penangguhan kutipan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pengguna talian telefon prabayar oleh kerajaan hanya sekadar permainan politik BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, ianya tidak lebih sekadar sandiwara kerajaan Umno BN, bagi meredakan kemarahan rakyat yang terbeban dengan kos hidup dibawah pemerintahan mereka.
"Ini hanya satu sandiwara untuk meredakan kemarahan rakyat menjelang PRU ke-13 nanti.
"Sedangkan, pihak Telco hanya menguatkuasakan apa yang dibentangkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dalam Bajet 2011 tahun lalu," katanya.
Beliau yang juga pengerusi Kempen Protes Barang Naik (Protes BN) berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim hari ini yang mengumumkan bahawa kerajaan dan semua syarikat telekomunikasi (telco) bersetuju menangguhkan kutipan cukai berkenaan yang sepatutnya bermula 15 September ini.
Penangguhan itu katanya sehingga perbincangan semula dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
Sebelum ini, Najib dalam pembentangan Bajet 2011 didakwa telah memasukkan kutipan cukai enam peratus tersebut dan Telco hanya melaksanakannya.
Baru-baru ini, telco telah mengumumkan akan mengenakan cukai kerajaan sebanyak enam peratus dalam semua jualan kad pra bayarnya mulai 15 September ini.
Ini bermakna, setiap RM10 nilai kad pra bayar, harganya akan menjadi RM10.60 di mana 60 sen adalah cukai yang dikenakan kerajaan melalui Telco kepada penggunanya.
Jumlah 60 sen setiap RM10 ini akan dibayar oleh Telco kepada kerajaan.
Kerajaan dijangka akan memperolehi pendapatan sebanyak RM750 juta hasil melalui cukai ini untuk tahun ini sahaja.
Namun begitu, jumlah ini tidak sebanyak mana jika dibandingkan dengan pendapatan yang akan diperolehi kerajaan jika menarik balik subsidi kepada enam Pengeluar Tenaga Bebas (IPP) iaitu sebanyak RM17 bilion setahun.
Mengulas lanjut, Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena menyeru kepada seluruh pengguna prabayar agar tidak termakan sandiwara itu.
Katanya, tiada sebarang jaminan oleh kerajaan bahawa cas enam peratus itu tidak akan dikenakan selepas pilihan raya umum.
"Saya minta kepada pengguna prabayar agar terus memberi tekanan kepada kerajaan agar cukai ini dimansuhkan terus.
"Guna telefon prabayar anda untuk memastikan BN ditolak pada PRU ke-13 nanti," katanya.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
apa yg dia pernah sokong apa yg kerajaan buat. semua tak betul. kalau kerajaan naikkan elaun mp 200%pun, dia akan kata salah. tp belasah tetap belasah jugak. mahfuz...mahfuz...
BalasPadamAsk not what your country can do for you but ask what you can do for your country. Takkan 60 sen pun berkira dgn negara sendiri
BalasPadamButoh hang la Mampoz Omaq... kepala butoh hang!
BalasPadamsusah juga nak katakan sebenarnya ni..sebab cukai ni dah kira bebankan rakyat..asyik cukai dan cukai nanti semua perkhidmatan kena cukai susahlah nanti.
BalasPadamPembangkang macam Mahfuz ni seperti Mat Rempit. Kalau jalan rosak, diorang komplen, tapi bila jalan dah elok diorang pi merempit. Polis blok sini, diorang kona ikut sana. Pokoknya bangkang tetap bangkang, apa pun bangkang dan salah.
BalasPadamCuba la pikio dan bagi idea yang bernas. Cuba tengok, kalau dah tak ada isu baru sejarah lampau pun 'kena bangkang' juga.
kempen protes barang naik???
BalasPadamapaasal barang anwar naik korang tak protes wahai mahfus? sokong ada laaa...apa daaa munafik punya orang!
TAK USAH PEDULI DENGAN MAHFUZ NI DIA NI BEBAL DAN BODOH SEJAK KECIL LAGI.....KELULUSAN AKADEMIK TAK SETINGGI MANA CUMA PERASAN DIRI CERDIK....KALAU PUAK PAS TERRER SANGAT MENGAPA LU TAK CONTROL HARGA BARANG DI NEGERI YANG ANDA PERINTAH..DAN BAGI SUBSIDI KEPADA RAKYAT DI SANA....MAHFUZ NI CAKAP AJE LEBIH TAPI ISI NYA TIADA UMPAMA TONG KOSONG TIADA ISI.....MAHFUZ NI KERJA DIA CUMA KRITIK APA YANG ORANG LAIN BUAT..TAPI DIA SENDIRI TIADA CADANGAN UNTUK MENAMBAHBAIK PERKARA TERSEBUT.....TAK RETI DAN TAK SEKOLAH KATAKAN....DAHLAH TOLOL BODOH PULA......
BalasPadam