Gua dapat satu email dari seseorang berkenaan dengan jamuan Raya PKR yang berlangsung semalam. Khabarnya, 5 ribu orang hadir di majlis tu yang dibuat di Tropicana, Damansara.
Tapi mamat dalam email ni tak puas hati dengan Majlis Raya PKR ni.. Kenapa agaknya ye? Dia tak cukup makan ke? Tak dapat cium tangan Anwar ke? Atau tak dapat jumpa Nurul Izzah?
Jom kita baca apa yang dia tulis...
Parti Keadilan Rakyat mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya di Ibu Pejabat PKR semalam. Saya berada di sana sejak jam 12.30 tengahari sehingga majlis berakhir sekitar jam 3 petang untuk memerhati gelagat pemimpin yang bakal berlakon lagi bila masa kempen pilihanraya bermula.
Apa yang dapat diperhatikan adalah:
- Beranika jenis makanan disediakan. rendang, lemang, nasi empit, roti canai, cendol dan satay antaranya.
- Tidak kurang daripada 15 buah khemah berukuran 20' x 20' didirikan
- Tidak kurang daripada 20 bas berbaris menurunkan penyokong parti yang diangkut dari entah mana-mana.
- Hampir kesemua pimpinan parti hadir.
- Saya sempat sembang dengan Cikgu Faris Musa yang nampak rancak gerak ke hulu ke hilir... bagus le macam tu..
Mari kita tengok, apa yang hebatnya dalam Majlis Jamuan itu?
- Kesemua wakil rakyat dan pemimpin PKR berlagak tidak ubah seperti pemimpin Umno.
- Wakil Rakyat dan kepimpinan parti berlagak macam "Tuan Besar" berteduh dan bersembang di khemah VIP
- Khemah dibahagikan kepada 'dua darjat'. Satu darjat, khemah VIP (untuk wakil rakyat dan pemimpin parti). Manakala yang satu bahagian lagi untuk tetamu dan penyokong parti yang membolihkan VIP itu menjadi VIP... !!!
- Khemah untuk Wakil Rakyat dan pemimpin parti, makanannya siap terhidang dalam 'Dom'.
- Khemah untuk penyokong dan ahli parti... alahai nasib engkau lah.. ada yang makan tepi parit.
- Orang macam Latifah Koya, Samm dan yang seangkatan dengannya tidak bolih bergerak jauh daripada khemah VIP sebab mereka adalah raja dan pemaisuri lilin, tak bolih kena panas matahari... nanti cair.. !
- 'Usetat' Badrul Amin (penjual keset ugama) pun bersembang juga dengan tetamu. Daripada banyak meja kosong, usetat ini pilih untuk duduk makan dan bersembang di meja perempuan wakil-wakil dari Kelana Jaya. Saya ingatkan 'usetat' tu memang dah kenal biasa dengan mereka, tapi bila diselidiki... rupanya usetat tu sesaja 'syiok' dok situ.
Saya berharap lain kali "khemah VIP" tak perlu diadakan di majlis rumah terbuka hari raya bagi memberi peluang rakyat duduk bebas bersama pemimpin pujaan mereka kerana pemimpin dan rakyat berpisah tiada.
Ada yang datang dari jauh hampa nak bergambar kerana pemimpin sibuk berbual sesama kawan2 pemimpin saja. Nanti dekat2 pilihanraya, jangan turun ke rumah rakyat kerana di sana tiada "tempat VIP".
Dalam bab bersama rakyat nih.. saya rasa Najib lagi bagus kot...Sekian!
Nasib kau lah labu
BalasPadammimpi ahh kau nak makan ngan die..kau sape? nak makan ngan pemimpin, rakyat msia bape ramai? bape juta? kau sape nak ejek ustat? kau tu perfect sgt ke? die manusia gak..kau macam x pernah cakap ngan pompuan plak, at least die x berduaduaan..die di khalayak ramai..kalau kau jadi VIP pun, kau x kan punyer makan ngan rakyat..ntah2 muka kau pun x nampak.. kalau kau x nak orang makan tepi parit, pergilah rumah najib, die belanja sume duit rakyat kot, PKR pkai duit sendiri, mana cukup nak belanja macam najib, najib pakai duit korang sendiri tu sume, makanan sbnarnye duit kau, kau ade bayar taxes kat die kan..
BalasPadam