Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas?
-
1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor
Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British.
Negeri-Neger...
Ketua Regim DAP di Penang kasi WARNING sama Pok Nik.
Comments : 3
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menegaskan pemimpin-pemimpin kanan parti itu akan meletak jawatan beramai-ramai sekiranya terdapat usaha meletakkan matlamat menjadi negara Islam atau melaksanakan hukum hudud di negara ini.
Beliau mengulangi kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum ini bahawa parti itu tidak akan menerima hudud atau idea membentuk sebuah negara Islam sekiranya mereka memperoleh kuasa ke Putrajaya.
“Jika anda berkata sebarang perkataan dalam prinsip bersama dalam Buku Jingga itu menyebut tentang hudud atau negara Islam, saya fikir bukan sahaja saya tetapi semua anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) akan meletakkan jawatan.
“Kami adalah parti yang berprinsip dan pemimpin berpegang pada prinsip, jadi tidak ada jalan bagi pemimpin yang berkata selepas memegang tampuk kuasa di Putrajaya akan melaksanakan hudud dan menubuhkan kerajaan Islam. Tidak mungkin kerana ia bukanlah dalam rangka dasar bersama.
“Pendirian kami jelas, kami tidak menerima hudud ataupun sebuah negara Islam,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu semasa merasmikan Konvensyen Tahunan DAP Wilayah Persekutuan di sini, hari ini.
Guan Eng berkata, mengadakan hukum hudud atau sebuah negara Islam tidak pernah disebut dalam Buku Jingga pakatan dan ketiga-tiga parti hanya bersetuju menyatukan rakyat Malaysia di bawah prinsip bersama yang antara lain bagi tujuan kebebasan, keadilan dan demokrasi.
Langgan:
Catat Ulasan
(
Atom
)
About
Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,
Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.
Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
Ini dengan jelas menunjukkan Nik Aziz dan PAS TELAH GAGAL melakukan DAKWAH tentang Islam yang berkesan kepada DAP sepertimana yang Nik Aziz canang-canangkan kepada seluruh rakyat Malaysia sebelum ini.
BalasPadamUsahkan hendak mengislamkan kafir2 harbi DAP, angan2 Nik Aziz dan PAS untuk memberi kefahaman tentang Islam pun nampaknya tinggal angan2 dalam mimpi saja, walaupun telah lebih 3 tahun menjalinkan hubungan intim bersama sehingga Lim Guan Eng diibaratkan seorang 'KHALIFAH' KAFIR HARBI PERTAMA didunia.
Kalau DAP telah diberi penerangan yang mencukupi dan berkesan tentang hukum hudud, mengapakah mereka masih menentang lagi? Adakah ini memberi isyarat Nik Aziz dan PAS sendiri tidak memahami sepenuhnya tentang hukum hudud dan cerita2 untuk melaksanakannya hanya sekadar 'sembang2 kedai kopi' saja? Yang pastinya - begitulah ...
yeke letak jawatan???? xkan berani nye....brape ribu rugi sehari klu letak jawatan ooooo..... akhir nya pas dh berjaya mgislam kn diorg dgn cara lain...cayala....!!!!!
BalasPadamSENARIO DI ATAS JELAS MEMPERLIHAT KEKUASAAN ALLAH MENELANJANGKAN NIK AZIZ DENGAN SEGALA KEKUASAAN NYA UNTUK DITONTON OLEH MANUSIA DAN INSAN MUSLIM.....NIK AZIZ SUDAH TIDAK MAMPU LAGI UNTUK MENUTUP KURAP DAN PANAU YANG TERSEMBUNYI DI SEBALIK JUBAHNYA.....RAKYAT SUDAH NAMPAK SEGALANYA......SEGALA KEBURUKAN DAN KEJAHATAN BELIAU ATAS AGAMA ALLAH SEMAKIN JELAS DI MATA UMMAH.....ALLAH ITU MAHA KAYA DAN MAHA AGUNG..........
BalasPadam