BREAKING NEWS

Kantoi PAKAR DNA.., Anwar akan bawa PAKAR TULANG pulak ke Mahkamah..


Pakar tulang dari Jerman yang pernah merawat Anwar Ibrahim akan memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwatnya yang disambung 3 Oktober depan.

Perkara itu dinyatakan peguam Anwar, Sankara Nair yang ditemui selepas perbicaraan tersebut selesai di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Dr Thomas Hoogland pernah merawat kecederaan tulang belakang yang dialami Anwar pada 2004 selepas didakwa dicederakan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Rahim Noor ketika dalam tahanan polis pada 1998.

Thomas akan memberi keterangan pada 6 Oktober depan apabila perbicaraan kes itu bersambung semula 3 sehingga 7 Oktober depan.

Justeru itu, pakar berkenaan dijangka akan mengesahkan tentang tahap kesihatan dan keupayaan fizikal Anwar, 64.

Bercakap lanjut, Sankara memberitahu Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Dr Lim Kong Boon akan turut hadir untuk memberi keterangan.

Lim Kong Boon adalah watak sama yang pernah terlibat dalam kes liwat 1998 sebagai pegawai kimia yang juga merupakan saksi pendakwa pada masa itu.

Beliau juga sebelum ini dalam keterangan Nor Aidora Saedon bertanggungjawab memberikan arahan khas kepada Aidora untuk melakukan analisa segera ke atas sampel dari putik kapas yang diperolehi daripada pegawai penyiasat, Jude Pereira.





P/S: DNA sudah tak laku.., sekarang main pulak wayang sakit belakang.. Lepas ni gua ramalkan kita semua boleh tengok Anwar datang ke Mahkamah naik kerusi roda pulak...

Memang Raja Drama betullah Syeikh Al Buntuti tu...

5 ulasan :

  1. adoi penatlah. dia buat mahkamah macam mak bapak dia ada share!

    BalasPadam
  2. Biasalah Kjee.. Dia tu kan manusia anugerah tuhann...

    BalasPadam
  3. aiikkk....dkt tv9 tadi kata mcm lain...dr pakar tu kata lain...dkt sini ulas lain pulak...sapa yg kaki putaqbelit ni....aku pun musykil sapa sebenarnya yg jahat la ni....

    BalasPadam
  4. Apa pula ulasan tv9 anon oii. Kau percaya dengan tv9? Ia kan tv UMNO. Apa bendalah yang budak ni merepek.

    BalasPadam
  5. curious je ni?

    apa signifikannya panggil pakar tulang? nak menunjukkan dia tak boleh 'goyang' ke? ke nak membuktikan dia dah mati pucuk?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online