BREAKING NEWS

ISA bakal diganti dengan HUDUD...


Kalau ada yang tanya gua pasal bersetuju atau tak bila ISA dimansuhkan, jawapan gua ialah TAK BERSETUJU.. Itu pendapat peribadi gua beb..

Bagi gua, kenapa nak mansuhkan apa yang sudah ada? Bukan senang nak ganti balik kalau sesuatu benda tu dah hilang.. Tapi itulahh realitinya..

Memang Najib kata nak ganti ISA dengan dua akta baru.. Persoalannya, adakah akta baru tu setanding dengan ISA?

Lagipun, dua akta baru yang dikatakan akan ganti ISA tu belum lagi dibentangkan.., jadi gua rasa terlalu awal kalau Najib nak masuhkan ISA sedangkan penggantinya belum ada..

Apapun, gua ambik pendirian tunggu dan lihat dalam isu ISA ni buat masa sekarang.. Gua nak tengok sejauh mana kepandaian Perdana Menteri dalam menangani hal ni..

Tapi gua akui satu perkara.., Najib memang berani neutralkan semua isu-isu besar yang dimainkan oleh Anwar dan puak-puak Pakatan..

Mati kutu Anwar dan geng Pakatan bila Najib counter satu persatu isu dalam buku jingga dorang tu.. So dorang dah tak ada modal nak kencing rakyat dalam "Road To Putrajaya"..

Jadi.., walaupun keberanian Najib tu dah buat dia kurang popular dikalangan penyokong kerajaan, gua tetap salute pasal dia berani buat perubahan..

Cuma..., gua harap keberanian dia berubah tu jangan sampai membuatkan kerajaan dilihat lemah..



p/s: Tajuk artikel diatas tu adalah sindiran kengkawan PAS gua.. Dorang kata Najib hapuskan ISA dan nak gantikan dengan HUDUD..

Gua kata balik, kalau Najib perkenalkan HUDUD, orang pertama yang masuk UMNO adalah Hadi Awang... Hahahahaha...

2 ulasan :

  1. Teori RAHMAN kian menjadi realiti.Kekuatan Melayu sekarang hanya bergantung kepada perpecahan.Tahniah Tok kerana mentor mu kuat Tidur.

    BalasPadam
  2. GUA ORANG PERTAMA SHAKE HAND HADI AWANG MASUK UMNO ... KAH KAH KAH!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online