BREAKING NEWS

Hadi Awang MABUK Kuih Almond London..


Apalah yang Hadi Awang mengarut ni? Dia nak PAS menang 60 kerusi Parlimen masa PRU13 nanti? Agak-agaklah kalau nak berangan-angan pun Pak Haji oiii..

Kerusi PAS yang ada sekarang ni pun belum tentu selamat, ada hati nak tambah kerusi Parlimen lain.. Dah tu mimpi pulak nak ambik 25 kerusi milik UMNO sekarang ni.. Memang mimpi di siang hari lah Presiden PAS ni..

Gua rasa Pak Hadi ni terlebih makan kuih Almond London lahh.. Sebab tu dia merapu semacam jee buat statement..

Ingatkan bila minum air beralkohol je boleh mabuk.., tapi rupanya kalau makan kuih raya terlebih pun boleh mendatangkan mabuk juga.. Hahahahaha..




PAS mensasarkan untuk menang di 60 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

"Strategi 2008, kita nak menang negeri dan kita telah berjaya tadbir tiga negeri. Kali ini disamping nak menang negeri, kita nak tambah kerusi Parlimen," kata beliau di hadapan kira-kira 500 anak perantauan Terengganu.

Untuk pilihan raya akan datang, kata Abdul Hadi, PAS mensasarkan untuk mengambil 25 daripada 75 kerusi yang dimiliki oleh Umno sekarang.

"Kita yakin, jika kita mendapat 60 kerusi, sokongan seluruh masyarakat negara akan berpaling kepada PAS dan Pakatan dari Umno dan BN sekarang," katanya.

Dalam usaha untuk mendapat kerusi itu, PAS katanya memerlukan sokongan pengundi Islam dan Melayu sebagai teras.

"Kalau nak undi -slam kena fahami hati budi Melayu melalui pendekatan dakwah, budi perkerti dan pujukan...saya yakin mereka boleh berubah.

"Perlu ambil masa, sabar..pujuk mereka.. Perkenal Islam melalui contoh yang baik. Misalnya bila tidak ada seorang pun wakil rakyat PAS yang boleh dibeli, orang bukan Islam beri sokongan kepada kita," kata Abdul Hadi.

2 ulasan :

  1. mpp,

    hj hadi boleh ambikla kerusi dekat taman permainan kanak2, kerusi tempat tunggu bas, kerusi2 di stesen2 teksi, di stesen2 ketapi & banyak lagila di tempat2 awam..tu pun kalu dia muka tak malu...

    berangan-angan lama2 jadi pangan!
    berkira2 lama2 jadi kera,
    menghitung2 lama2 jadi lutung!
    bergaru keruk lama2 jadi beruk!

    itula akibatnya jika mimpi disiang hari...mimpi je la...

    hakikatnya dah ramai ahli2 pas yg semakin cerdik terbuka minda melihat lakonan kepura-puraan pemimpin2 mrk yg memakai kostum serban & jubah ni hanya bila berceramah depan ahli2 totok! depan dap & pkr pemimpin2 mrk berkot, bertali leher & berkemeja santai, sambil berbual2 mesra minum2 teh kopi segala tanpa menghiraukan lagi impian ahli2 totok nakkan negara Islam!!!!

    tapi ada juga ahli2 pas yg 'cerdik' nak juga membohongi diri sendiri kononnya pas buleh memerintah negara sedangkan kenyataannya pas gagal memenangi hati orang melayu Islam sepenuhnya apa lagi umat Islam secara keseluruhannya bila bersekongkol dgn dap yg bencikan islam & pkr yg sgt tidak Islamik!!!!

    BalasPadam
  2. Kapada hadi awang dan juga pemimpin2 PAS yang lain....sebelum bercita-cita untok menawan 60 kerusi parlimen dalam PRU 13 nanti...kau orang semua mesti lah tunjokkan
    *kejantanan* kapada DAPigs dulu.
    Ini tidak...takut tak tentu pasal pada DAPigs. Sokong hamPAS ..bermakna
    sokong DAPigs (komunis).

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online