BREAKING NEWS

Edisi Meletop!!! Dr Asri halang HUDUD di Kelantan !!!!


Wohaaaa !!! Apa kata puak-puak PAS lepas ni bila Dr Asri bekas Mufti Perlis kata Kelantan tak mampu laksanakan Hudud? Gua rasa mesti dorang terkincit-kincit kata Asri tu dah masuk mahzab UMNO...

Dulu puak-puak PAS maki hamun Mahathir bila bekas PM tu kata Hudud PAS tak sama dengan Hudud yang diajarkan dalam Islam..

Lepas tu dorang meroyan pulak bila Zaid Ibrahim Al-kukuda nak saman Kerajaan negeri Kelantan kalau Hudud PAS tetap dilaksanakan..

Sekarang ni Asri Al-lalangi tu pulak kata PAS Kelantan tak mampu nak laksanakan Hudud... Gua nak tengok apa puak-puak karat hijau tu nak buat kat Asri..

Berani tak dorang kafirkan Asri macam dorang kafirkan Tun Mahathir dulu?


Kelantan masih belum mampu melaksanakan hukum hudud kerana pelbagai cabaran harus ditempuhi, termasuk kekangan Kerajaan Pusat, kata bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Menurutnya, dalam usaha melaksanakannya, Kerajaan Kelantan perlu menyediakan suasana kondusif supaya hukum hudud dilaksanakan, ia dapat memberi keadilan untuk semua.

“Kelantan perlu menyelesaikan kekangan Kerajaan Pusat dan sebagainya terlebih dahulu kerana saya bimbang jika negeri ini laksana hudud ia akan memberikan kesan negatif kepada Kerajaan Kelantan itu sendiri.

“Ini kerana, Kelantan akan hadapi ancaman musuh di peringkat antarabangsa dan pusat. Pelbagai gambaran negatif akan ditimbulkan. Kelantan belum mampu buat hudud kerana cabaran kuat akan memberi kesan kepada kerajaan keseluruhan,” katanya selepas seminar Pelaksanaan Siasah Syariah Dalam Konteks Semasa Peringkat Kebangsaan, semalam.

Beliau berkata demikian, ketika mengulas keperluan pelaksanaan hukum hudud oleh Kerajaan Negeri selepas 21 tahun memerintah Kelantan kerana undang-undang itu ditentang ketika pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Asri mengingatkan Pas Kelantan supaya membuat penelitian mendalam berhubung isu itu kerana musuh peringkat nasional dan antarabangsa sentiasa menunggu peluang untuk mengenakan kepimpinan Mursyidul Am Pas itu.

7 ulasan :

  1. Ulamak-ulamak pun masih lebih takutkan manusia dan takut pada apa anggapan orang kafir berbanding takut pada Allah, inikan pula orang biasa. Apakah strategi takut pada orang kafir itu satu pegangan dalam Islam ?

    BalasPadam
  2. Salam Bai,

    Saya baru saje habis posting topik baru yang ada kaitkan sikit komen Dr.Asri.

    Topik Bai, baik sekali. Teruskan perjuangan Bai.

    Wassalam.

    BalasPadam
  3. Perlaksanaan hudud sebenarnya hanya ada dibibir Nik Aziz dan pemimpin pas lain sahaja, tiada di dalam hati mereka sebenarnya. Tambah2 pula dekat nak p/raya, lagi galak dan ligatlah bibir (penipu?) mereka itu akan berkata dusta. Kalau hendak seribu daya, x hendak seribu dalih.
    Ancaman untuk melaksanakan hukum hudud kembali kedengaran bilamana p/raya hampir tiba. Bila sesiapa komen atau cakap sikit, maka mereka akan mula menyalahkan orang itu sebagai penyebab yang menyebabkan hudud x boleh dibuat, atau terus mengkafirkan seseorang sebagai menunjukan keiklasan kpd rakyat bahawa mereka sangat-sangat teruja untuk laksana hudud, ingatlah, Allah tahu apa sebenarnya maksud Nik Aziz dan pemimpin-2 PAS yang terbabit.

    BalasPadam
  4. Ala....kelantan tu cakap je. Last2 buat juga hukum syariah m'sia. Ingat mudah ke nak cari 4 saksi lelaki beriman? Itu salah satu dari syarat hudud. Apapun, aku nak juga tengok camna negeri kelantan jalankan hudud. Camne agaknya nik aziz nak buat dengan jantan2 penyebar Aids. Nak sula takde saksi. Video pula hanya besi. Bukti DNA pula dikatakan pakar m'sia semua penipu. Kah kah kah....kesian negeri kelantan.

    BalasPadam
  5. PAS cuma nak kejutkan UMNO saja berkaitan hukum hudud. PAS bukan pandai nak laksanakan hudud. Kalau PAS berani, dah lama mereka laksanakan nya. PAS cuma nak cari publisiti supaya rakyat malaysia bencikan UMNO saja. senang lah mereka nak kaut keuntungan diniawi. Pemimpin PAS bukan boleh dipercayai dan tak boleh diharab. Orang yang berkawan dengan musuh islam saperti DAP dan KOMUNIS memang tak boleh diharab.

    BalasPadam
  6. TAK LAYAN SUDAH LAH. AKU PEDULI APA.

    BalasPadam
  7. saya tak komen lebih2 nantiada yg cakap berdosa besar mempermain2kan hukum hudud....tapi saya percaya puak2 pas pis pus ni pun ada yg menetang dari dalam...pork nik tu boleh cita saolah2 dia memperjuangkan kan isle..sedangkan telah menukar kepada kebajikan...kejadah apa???prisip pejuagan pun tak tetap....penyokong2 Pas kena kencing hidup2...tapi nak buat macam mana..depa sokong jugak....air bersih untuk rakyat k,tan puntak setel2 dah nak PRU13 dah.....

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online