BREAKING NEWS

Budak-budak UMNO pecahkan cermin kereta Adun DAP?


Ni mesti tak ada kerja puak lain.. Ni mesti kerja puak-puak UMNO.. Sapa lagi yang suka buat jahat dalam negara ni kalau bukan puak-puak UMNO kann..

Yang serang Balai Bukit Kepong dulu pun dorang tuduh geng UMNO punya kerja.. Lepas tu yang bakar pintu pagar rumah Jendral Mat Sabu pun UMNO jugak yang buat..

So.., mesti yang pecahkan cermin kereta adun DAP N.9 ni pun dorang akan kata UMNO jugak yang bertanggung jawab...

Biasalah.., yang baik-baik semua tu adalah puak-puak Pakatan.. Yang tak baik semuanya kerajaan.. Sebab tu lah ahlul PAS semuanya masuk syurga..

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Nilai, Yap Yew Weng kerugian lebih RM1,500 apabila cermin kereta jenis Nissan X-Trail miliknya dipecah dan beberapa barangan di dalamnya hilang dipercayai dicuri, awal pagi semalam.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 4.30 pagi di kediamannya dekat Taman Rasah Jaya, di sini apabila cermin pintu belakang bahagian kanan keretanya dicabut dan diumpil dengan alat dipercayai pemutar skru.

Yew Weng berkata, sewaktu kejadian beliau sedang nyenyak tidur dan tidak mendengar apa berlaku di luar rumahnya.

Menurutnya, kejadian disedari kira-kira 9 pagi sewaktu beliau mahu pergi pejabat.

“Sebaik sahaja saya menghampiri kereta, saya dapati cermin pintu belakang sudah tidak ada dan cermin tingkap dicabut itu berada di bawah kereta.

“Saya mula bimbang dan mendapati komputer riba dan beg pakaian yang diletakkan dalam kereta itu hilang,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di rumahnya, semalam.

Yew Weng berkata, berdasarkan makluman daripada jirannya, sewaktu kejadian, alat penggera keretanya berbunyi, tetapi jirannya itu tidak melihat sebarang kelibat manusia di luar kawasan rumah tersebut.

Berikutan kejadian itu, Yew Weng membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban, semalam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

2 ulasan :

  1. Buat laporan ke Balai Polis ???

    Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah Kah !!!

    Tak nak lapor ke Lee Kuan Yew ke ???

    BalasPadam
  2. EH? TAU PULAK NAK CARI POLIS?APASAL BUAT REPORT POLIS?

    BUAT REPORT KOMUNIS JE LA..

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online