BREAKING NEWS

Anwar naik angin dengan cadangan DAP..


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah menerima sebarang cadangan untuk menukar Jalur Gemilang sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya akan datang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, cadangan berkenaan lebih bersifat peribadi dan bukannya pendirian rasmi pakatan pembangkang.

"Tidak pernah dikemuka kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, itu pandangan peribadi," katanya yang dipetik menerusi laman twitter pada Isnin.

Selain itu Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata beliau secara peribadi tidak bersetuju dengan cadangan berkenaan.

Media pada Jumaat melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Alam Shah dari DAP, M Manoharan mencadangkan agar Jalur Gemilang ditukar sekiranya pembangkang menang dalam pilihan raya umum akan datang.

Menerusi laman Facebook peribadinya, Manoharan memaklumkan bahawa beliau telah mengedarkan bendera DAP di kawasannya sewaktu sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tetapi enggan mengibarkan bendera Malaysia kerana berpendapat, bendera negara ini kelihatan seperti Barisan Nasional.


p/s: Anwar tu depan media berlakonlah macam marah.., padahal gua yakin Pakatan memang ada perancangan nak tukar bendera kebangsaan..

Kalau tak ada angin, mana boleh pokok bergoyang.. Dan kalau tak ada perbincangan, takkan Manoharan tu boleh keluarkan kenyataan...

4 ulasan :

  1. dah muka mcm sial...

    perangai tolong la ubah...

    blajar cintai negara sendiri...

    jgn bila ada kat negara luar jer terus hentam apa saja yg kerajaan bt utk kemajuan rakyat...

    pejuang hamas...

    BalasPadam
  2. Pihak pembangkang sekarang berbalas balas main issue untuk mendapat sokongan rakyat.

    Caranya mudah. Sorang wakil pembangkang dari Parti A misalnya beri kenyataan yang buruk tentang sesuatu perkara untuk menakutkan sesuatu kaum.

    Kemudian wakil dari Parti B akan membela kaum yang bukan kaumnya pula untuk memancing undi kaum yang di takutkan itu.

    Sambil itu mereka cuba menutup isu semasa yang makin busuk misalnya perbicaraan liwat Anuwar atau saman saman lain termasuk kerja kerja di Negeri pembangkang yang telah hancur.

    Boleh lah di katakan pembangkan sekarang berbalas pantun. Kita jangan percaya apa mereka cakap.

    Misal Mat Sabu bangkit pasal komunis DAP sanggah.

    DAP bangkit pasal tukar bendera PKR dan PAS sanggah sampai keterlaluan untuk menunjukkan mereka jaguh rakyat.

    Jangan tertipu permainan mereka.

    BalasPadam
  3. apabila dap memerentah mereka akan tukar bendera malaysia kepada bendera dap atau mempunyai kaitan dengan perlambangan dap. lambang roket bulan dan mata mungkin menjadi arca pada bendera malaysia.

    BalasPadam
  4. Dulu elok dah nama Pakatan Rakyat... Sekarang patut tukar nama jadi Pakatan Setan...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online