BREAKING NEWS

WOW !!! Nizar Jamaluddin dalam hati ada TAMAN rupanyaa...


Gua tak sangka pulak yang Nizar Jamaluddin ni sebenarnya berjiwa sentimental.. Mudah sangat dia berasa terguris, marah, terhina, takut, cemas, bimbang, malu, dan dukacita rupanyaa...

Gua ingat, semua puak-puak three star tu hati kering.. Tapi ada jugak yang simpan taman dalam hati..

Korang tengoklah sendiri.., bila Timbalan Ketua Polis Perak nasihat Nizar and the gang supaya jaga adab di Sidang DUN.., terus dorang meroyan kononnya terguris hati..

Macam ni punya orang pun ada ke? Kena nasihat sikit pun terus jadi sawan khinzir buat report Polis..

Yang bestnya.., Nizar buat report Polis kepada Timbalan Ketua Polis sendiri.. Akai ada ke tu? Nampak sangat Nizar ni kurang cerdik kannn...




Adun Pakatan Rakyat Perak menggesa Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof menarik balik kenyataan terhadap mereka dan memohon maaf kepada rakyat.

Gesaan itu dibuat oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakil semua Adun Pakatan Rakyat di dalam laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini, hari ini.

“Maka dengan ini, saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataannya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat Umno BN.

Adalah dengan ini satu laporan polis dibuat di IPD Ipoh, Perak pada 16 Ogos 2011 (Selasa) terhadap Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof mengenai kenyataan beliau terhadap kami ADUN sebagaimana terpapar dimuka depan, didalam akhbar Sinar Harian bertarikh 15 Ogos 2011.

Dengan tajuk “JAGA ADAB” beliau menyatakan “saya harap ahli-ahli dewan menjaga tingkah laku ketika membentangkan suara rakyat. Sekiranya berlaku provokasi, kita akan atasi sebaik mungkin”.

Saya dengan ini bertegas menyatakan bahawa kenyataan ini melanggar serta bertentangan dengan Kanun Keseksaan (Akta 574) perkara 124. Kenyataan melampau dan keterlaluan ini juga membuat saya berasa terguris, marah, terhina, takut, cemas, bimbang, malu, dan dukacita.


Dibawah ni kenyataan Timbalan Ketua Polis Perak didalam akhbar Sinar Harian semalam... Apa motifnya Nizar rasa terguris dengan kenyataan ni? Patutlah dia jadi MB paling singkat dalam sejarah Malaysia... Hahahahaha......

Meskipun merasakan tiada insiden tidak diingini berlaku, polis tetap bersiap sedia untuk mengawal keselamatan ahli dewan dan kakitangan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), hari ini.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof bagaimanapun berharap Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12 itu berjalan dengan aman tanpa ada sebarang provokasi dari pihak lain.

“Perjalanan sidang DUN esok (hari ini) dijangka berlangsung seperti biasa namun, kita tetap buat perancangan keselamatan. Anggota kita tempatkan tidak ramai seperti pada permulaan sidang dewan yang dahulu.

“Saya berharap ahli-ahli dewan menjaga tingkah laku ketika membentangkan suara rakyat. Sekiranya berlaku provokasi, kita akan atasi sebaik mungkin,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Persidangan DUN lain ini dijangka akan diadakan selama dua hari dan perkara itu disahkan sendiri oleh Speaker DUN, Datuk R Ganesan.

Bagaimanapun, beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang tidak setuju dengan persidangan dua hari berkenaan memandangkan mereka mempunyai banyak perkara yang ingin ditimbulkan pada sidang DUN kali ini.

Daripada 59 ADUN, seramai 58 ADUN dijangka menghadiri sidang DUN kali ini kecuali ADUN Titi Serong, Drs Khalil Idham Lim kerana digantung sehari setelah dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN berikutan isu bomoh pada sidang DUN yang lalu.

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online