BREAKING NEWS

PAS tak nak tuduh ni kerja UMNO ke?


Gua harap PAS tak la jadi tolol tuduh UMNO dalang disebalik isu ayam ni yee... Bukannya apa.., PAS tu semua hal dia nak babitkan UMNO..

Nik Aziz kalau berak keras pun mesti dorang kata UMNO yang sabotaj.. So dalam isu ayam ni kena jaga-jaga lah jugak...

Manalah tau kann.., tup-tup si Suhaizan Kaiat tu keluarkan surat baiah tokey ayam tu undi UMNO ke nanti.. Susah nak jawab tu beb.. Hahahahaha...




Daripada 200,000 bekalan ayam segar yang dikeluarkan di Johor setiap hari, kesucian 30 peratus daripadanya diragui kerana ada pengusaha pusat penyembelihan tidak mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Agama Johor (JAJ).

Penolong Pengarah Penyelidikan Unit Halal JAJ, Samsudin Paimi, berkata terdapat beratus-ratus peniaga yang memasarkan kira-kira 60,000 ayam segar setiap hari yang kesuciannya diragui.

"Malah ada penyembelihan dilakukan di tempat terbuka yang turut dimasuki anjing dan binatang lain," katanya kepada pemberita selepas serbuan terhadap dua premis penyembelihan dan pemprosesan di Jalan Kampung Sawah dan Jalan Pontian-Johor Bharu di Pontian, awal hari ini.

Dalam serbuan dari 1 pagi hingga 3 pagi itu, JAJ mendapati premis terbabit masing-masing tidak melakukan proses penyembelihan dengan kaedah ditetapkan manakala logo halal sudah tamat tempoh sejak empat tahun lalu.

Samsudin berkata JAJ khuatir dengan pertambahan permintaan terhadap ayam segar menjelang Aidilfitri, pengusaha kecil seperti itu semakin berani untuk mengaut keuntungan dengan berselindung di sebalik logo halal tamat tempoh selain tidak mengikut piawaian JAJ.

Turut membimbangkan JAJ, katanya, ialah ramai pengusaha tidak memiliki tauliah penyembelihan selain mempraktikkan kedah penyembelihan dan pemprosesan ayam sambil lewa.

"Kita tidak mahu pengguna terus tertipu dan mereka seharusnya diberi kesedaran untuk hanya memilih ayam yang disahkan halal dan suci," katanya.

Beliau berkata pemeriksaan akan terus dilakukan bagi melindungi kepentingan pengguna.

Samsudin berkata JAJ sudah mewajibkan pengusaha ayam di Johor membuat label yang akan diletakkan di kepak ayam yang mengandungi maklumat mengenai penyembelihan serta status halalnya.

Mengikut Undang-undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2010 yang akan dikuatkuasakan bermula tahun depan, syarikat yang didapati bersalah menipu sijil halal boleh dikenakan denda sehingga RM5 juta bagi kesalahan pertama dan denda sehingga RM10 juta bagi kesalahan kedua.


6 ulasan :

  1. Tauke-tauke ayam ni semuanya Cina. Mereka ni kurang ajar, dah sampai masanya kerajaan bertegas dalam isu halal ni.

    BalasPadam
  2. ayam pun bekalan dari tokey cina....mana tokey bangsa kita nie!!!!

    tak mustahil product makanan di malaysia ni 90% product bukan buatan orang melayu!!! barang rutin
    melayu guna...

    maka status halal..adakah kita pasti?

    BalasPadam
  3. Kot2 nanti Pas kata boleh saja sembelih macammana pun asalkan putus kapala...... itu le kerja Pas.. kalau dah timbul isu..dan susah nak jawab... mulalah nak nyalah UMNO. ntah-ntah...... bini uak dia yg berak sembelit pun dia orang salahkan UMNO gak....... begitu jugak... BUDU di kelantan g tak murah2 harganya pun disalahkan UMNO.... dasar Parti Ajaran Songsang.

    BalasPadam
  4. mana dia orang2 melayu Islam yg kaya raya, dermawan, jutawan yg mengaku paling Islamik sekali? bukala pusat2 penyembelihan di serata pelusuk negara supaya kebajikan orang2 Islam terjamin!

    takkan asyik nak salahkan pihak berkuasa agama saja? bukankah semua tahu mrk kekurangan kakitangan? mana tanggungjawab fardhu kifayah kamu yg mengaku tahu serba-serbinya??? jgnla nak bersembang mengaku Islamik benar sedangkan hal begini kamu boleh tolong buat supaya Islam terpelihara.

    sesiapa yg ada akses, modal & kepakaran, silakan tolong buat sesuatu utk perbaiki imej Islam. jgn tunggu sampai semua dah tak dapat diselamatkan, baru nak menyesal!

    (ambo tak mampu sbb ambo bukannya peniaga @ jutawan! ambo juga tak ada kepakaran. cuma ambo buleh tolong beritahu)

    BalasPadam
  5. Kerajaan kita kan lembab.

    BalasPadam
  6. yg pasti, yg akan makan ayam yg tak halal tu bukan org umno je..org pas dam muslim pkr pun kena jugak bukan?

    tak sedar2 lagi ke?

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online