BREAKING NEWS

PAS ada sorang lagi Hasan Ali..


PAS Pusat akan memanggil Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat berhubung kenyataannya mengenai isu Lynas yang disiarkan di TV3, malam tadi dalam Buletin Utama.

Selain itu, PAS Pusat akan turut mendapatkan keterangan berhubung kenyataan beliau yang mengatakan Lajnah Penerangan PAS Pusat melarang beliau mengeluarkan kenyataan tentang nuklear terutama mengenai Lynas.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu perlu dilakukan bagi menyelesaikan kekusutan yang timbul ekoran kenyataan Dr Che Rosli mengenai perkara itu.

Menurut beliau, sehingga kini beliau selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya tentang nuklear termasuk berhubung dengan isu Lynas.


Katanya, jadi kenyataan Che Rosli itu ternyata tidak berasas dan sehubungan itu pihaknya perlu memanggil Che Rosli bagi mendapatkan penjelasan daripada beliau sendiri mengenai perkara itu.

"Saya selaku Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan halangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan kenyataan berhubung dengan nuklear. Jadi kita akan panggil Dr Che Rosli untuk mendapatkan penjelasannya," katanya pada majlis tazkirah di ibu pejabat Harakah, di sini, hari ini.

Dr Che Rosli dalam laporan Buletin Utama TV3 semalam mengatakan beliau sudah lama bersabar dalam perkara itu sebab Penerangan PAS Pusat melarang beliau membuat kenyataan berhubung nuklear termasuk mengenai isu Lynas.

3 ulasan :

  1. 1.Kewajaran mendirikan kilang dan menfaatnya dah jelas oleh fakar dan para ahli berkaitan.
    2.pas pun tak kesah...tu sebab Ketua Penerangan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan sebarang larangan kepada Dr Che Rosli untuk mengeluarkan sebarang kenyataannya tentang nuklear termasuk berhubung dengan isu Lynas.
    3.Apalak salah Dr Che Rusli tu? Lainlah kalau pas mengajar puaknya membohong dan menjadi penyebar berita fitnah seperti orang fasik!

    BalasPadam
  2. KEHKEHKEH TU LE MSLH PASRAEL. BILA ORG SENDIRI YG CAKAP DIA TAK PECAYE. LEPAS NI DIA AKAN TUDING JARI KAT UMNO. CAYE LE CKP WA!. TUAN MAN MMG BINGAI SEMULAJADI KEHKEHKEH ADOIYAIIII

    BalasPadam
  3. Mental bahlul pas setaraf mat sabu

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online