Kalau ikut apa yang diluahkan oleh penulis pro Pakatan dibawah ni.., nampaknya cerita pasal kekasih gelap Ketua Regim DAP di Penang ni memang ternyata cerita betul..
Kalau hanya sekadar khabar angin, takkan pulak penulis cina tu beria-ia nak buat penafian..
Selalunya orang kata.., kalau tak ada angin, takkan pulak pokok nak bergoyang.. Jadi cerita pasal skandal gelap Guan Eng tu takkan nak jadi sendiri tanpa ada saksi yang buat kenyataan kannn..
So.., sekarang ni kita hanya perlu tunggu saja isu ni meletup di Penang.. Yang pasti, kebanyakan rakyat Penang dah tau cerita ni..
Imej Guan Eng sebagai Father Kristian sudah tentu tercemar kalau cerita skandal gelap dia tersebar...
AKHIR-AKHIR ini blog pro-kerajaan riuh rendah memperkatakan tentang skandal yang melibatkan Ketua Menteri Pulau Pinang iaitu Lim Guan Eng.
Beliau dikatakan sering dilihat bersama seorang wanita Cina yang bukannya isterinya.
Sumber-sumber menyatakan yang para blogger ini telah pun mempunyai bukti tetapi hanya akan ‘meletupkan’ isu ini pada Pilihanraya Umum yang akan datang.
Soalnya, adakah Lim Guan Eng perlu gentar dengan pendedahan ini? Apakah Pakatan Rakyat akan terjejas dengan isu ini?
Jawapannya tidak. Ini kerana rakyat tahu bahawa pemimpin Pakatan Rakyat adalah jauh lebih baik pekertinya dari pemimpin BN.
Malah, kalaupun ianya benar, isu peribadi tidak harus dijadikan alasan untuk menilai kepimpinan sesiapa jua.
Ada yang kata.., inilah kekasih gelap bekas banduan Melaka tu...
Lihat saja bagaimana BN memainkan isu video seks yang kononnya membabitkan Ketua Pembangkang, tetapi sehingga kini tidak berjaya meyakinkan rakyat.
Begitu juga dengan skandal-skandal lain contohnya, kisah khalwat Mat Sabu yang akhirnya diketepikan begitu saja oleh rakyat.
BN seharusnya belajar dari pengalaman bahawa kisah-kisah skandal seperti ini tidak akan menjadi kudis kepada Pakatan Rakyat.
Lagipun, adakah mereka mempunyai 4 saksi untuk menuduh perkara sedemikian terhadap Lim Guan Eng? Atau adakah ada video yang boleh dijadikan bukti jika mereka mendakwa perkara ini benar?
Jika ada, adakah video tersebut jelas sepertimana video Chua Soi Lek?
Kita percaya blogger-blogger BN ini tidak punya satu apa bukti pun untuk terus memainkan isu ini kerana ia hanyalah sekadar serangan rambang dalam perang psikologi untuk melemahkan pembangkang yang dilihat semakin mendapat sokongan rakyat.
Jika BN meneruskan dengan pendedahan palsu ini, mereka sebenarnya hanya akan menambahkan lagi kebencian rakyat terhadap kerajaan yang dilihat tidak habis-habis bergantung hidup atas isu seks dan maksiat. Oleh: Jonathan Ong
Catat Ulasan