JAMAL menyampaikan sumbangan beras kepada anak-anak yatim dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Ipoh semalam. |
Penyanyi terkenal, Jamal Abdillah menyumbang satu treler beras kepada golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal seluruh Perak semalam.
Jamal atau nama sebenarnya, Jamal Ubaidillah Ali, 52, berkata, sumbangan 1,520 kampit beras bernilai RM20,000 itu bertujuan untuk membantu golongan terbabit menyambut Aidilfitri yang bakal tiba beberapa hari lagi.
“Saya bersyukur menerima rahmat dan hidayah oleh Allah untuk menghadapi kehidupan yang penuh pancaroba ini dan diberi anugerah (menyanyi) untuk memperoleh rezeki.
“Saya pulangkan semula sebahagian daripada rezeki itu kepada golongan memerlukan. Saya niat untuk sedekah pahalanya kepada roh arwah ayah dan ibu saya,” katanya.
p/s: Jamal ni memang dah memalukan talibarut komunis DAP Nizar Jamaluddin.. Apa taknya.., Nizar setakat derma kurma je beb.. Tapi Jamal bagi SATU TRELER beras !!!
Gua rasa next PRU.., baik Jamal bertanding lawan Nizar di Bukit Gantang.. Mesti terlentang si sahabat karib kafir harbi tu... Hahahahaha
Catat Ulasan