BREAKING NEWS

HOT !!! Pemimpin Gereja Protestan SOKONG tindakan JAIS..


Apakah ni hanya sandiwara dorang.., ataupun memang ada pertelingkahan diantara Protestan dan juga Evangelis yang lebih ekstrem pendekatan berdakwah kepada Umat Islam?

Macam mana sekalipun, kita tak boleh pandang rendah kemampuan puak-puak ni untuk menyesatkan umat Islam..

Walaupun ada sesetengah individu yang riak dan takabbur mendakwa iman dorang kuat walaupun masuk ke dalam Gereja.., kita kena ingat janji Iblis yang berikrar akan sesatkan Umat Islam sehingga kiamat.

Berhati-hatilah dengan tipudaya kafir..



Gereja arus perdana menjauhkan diri dari gereja-gereja evangelis bebas yang didakwa cuba ‘memurtadkan’ Muslim negara ini, kata seorang pemimpin gereja Protestan.

Beliau memberitahu bahawa gereja-gereja arus perdana kecewa dengan beberapa kumpulan Kristian bebas kerana tidak sensitif dengan komuniti-komuniti agama lain apabila berkongsi kepercayaan mereka.

“Kami ada kes di mana orang Hindu mengadu mengenai Kristian terlalu bersifat mendesak,” kata pemimpin itu sambil menambah, masyarakat Islam, Buddha dan Sikh juga membuat aduan yang sedemikian.

“Bagaimanapun kesemua kes ini, di mana penganut Kristian berkongsi (kepercayaan mereka), bukan bertujuan memaksa atau meletakkan kepercayaan lain sebagai sesuatu yang buruk,” kata beliau yang tidak mahu namanya didedahkan atas alasan isu semasa terlalu sensitif.

Pandangan ini muncul ketika kontroversi ekoran serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya minggu lalu atas aduan bahawa ada usaha memurtadkan orang Islam.

Sehubungan itu kata beliau, perkembangan semasa ini menunjukkan bahawa ada gereja, yang bertindak sebagai kumpulan bebas, melakukan sesuatu yang kemungkinan boleh menjejaskan hubungan baik gereja dengan komuniti-komuniti lain.

“Oleh itu, gereja-gereja merasakan bahawa sementara mereka ada hak untuk menganut kepercayaan mereka, perlu juga ada kerjasama rapat dan sikap akauntabiliti antara gereja,” kata beliau.

Masyarakat Kristian terdiri daripada 9.2 peratus penduduk Malaysia.

Mengikut perangkaan Vatican, Katolik merangkumi tiga peratus. Protestan pula merangkumi enam peratus manakala yang minoriti pula ialah kumpulan bebas evangelis.

Pemimpin gereja kanan itu juga berkata, gereja-gereja arus perdana juga prihatin dengan dakwaan bagaimana sesetengah gereja evangelis bebas boleh memurtadkan Muslim.

“Jika seseorang bertanyakan kitab injil, mereka akan berikannya,” kata beliau.

Sumber itu menambah kumpulan Kristian bebas sedemikian termasuklah kumpulan sekta, termasuk dari negara-negara lain.




Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online