Kenyataan Pak Rais Yatim yang suruh blogger yang kerjanya asyik buat fitnah supaya mengikut jejak akhbar KOMPAS, memang dah buatkan puak-puak Pakatan panas punggung..
Apa taknya.., dorang tu memang juara fitnah dan fitnah tu dah jadi macam makanan harian dorang..
Yang jadi kepala dorang tu semua tentunya lah portal-portal pro pembangkang macam MalaysiaKini, HaraMkah dan KeldaianDaily..
Gua pelik.., puak-puak Pakatan tu suruh rakyat jangan percaya pada media arus perdana pasal kononnya banyak cerita fitnah dan penipuan..
Tapi pada masa yang sama, media dorang sendiri yang buat fitnah terang-terangan tak dipertikaikan pulak..
Memang dorang tu jenis yang cakap tak serupa bikin.. Dorang saja yang betul manakala orang lain semuanya salah.. Macam gampang sungguh!
Semua pemblog wajar mengikut langkah akhbar Indonesia, Kompas yang memohon maaf berikutan laporan memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya yang disiarkan 4 Ogos lalu — antara lain berkaitan dengan isu cincin AS$24 juta.
Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pemblog atau sesiapa sahaja yang menimbulkan isu seperti ini sepatutnya berbuat perkara yang sama memandangkan perkara ini boleh menjejaskan reputasi seseorang yang berjawatan tinggi dalam sesebuah negara.
“Mereka yang telah menulis seperti Kompas itu di tanah air kita, sama ada pemblog atau mereka yang sengaja menimbulkan isu-isu ini harus berbuat sama seperti Kompas.
“Tapi keadaan dunia hari ini berapa orang sangatlah yang hendak tampil dan mohon maaf, sehingga diseret mungkin barangkali baru hendak pohon maaf,” katanya. -Bernama Online
Catat Ulasan