BREAKING NEWS

Tun Lah menyesal jumpa Ambiga..


Alahai Tun Lah.. Gua ingatkan bila dah tak jadi PM, bolehlah Tun Lah sambung tidur balik dan tak lagi ganggu politik negara.. Tapi Tun Lah still mengigau maracau tak tentu hala rupanya...

Gua rasa cukuplah dengan si Kitol yang ada dalam kabinet Najib sekarang.., tak payahlah Tun Lah tambah kilo pulak sebagai beban kepada Najib..

Kenapa Tun Lah sibuk-sibuk sangat nak jumpa Ambiga? Takkan lah Tun Lah tak tau yang Ambiga tu pernah cetuskan kekacauan masa zaman Tun Lah dulu?

Sekarang ni gua nasihatkan Tun Lah pergilah tidur balik macam yang selalu Tun Lah buat masa jadi PM dulu.. Biarlah Najib buat kerja dia untuk raih balik sokongan rakyat yang Tun Lah dan Kitol hilangkan masa PRU12..

Please la Tun Lah.. Please go back to sleep....ZZzzZZzzZZZzzZZZzzzz....


Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau mengadakan pertemuan dengan Datuk Ambiga Sreenevasan sebelum perhimpunan Bersih 2.0 minggu lalu untuk memperingatkan beliau agar akur dengan nasihat Yang di-Pertuan Agong mencari alternatif daripada mengadakan perhimpunan jalanan di ibu negara.

Abdullah (gambar) telah bertemu dengan Ambiga pada 5 Julai lalu sebelum kepimpinan Bersih 2.0 menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada hari yang sama.

Bekas perdana menteri berkata beliau mahu mengingatkan Ambiga bahawa Agong telah menitahkan satu kenyataan penting menyentuh isu Bersih 2.0 dan ia harus akur dengan nasihat itu.

“Saya mahu bertemu dengan beliau (Ambiga). Saya mahu mengingatkan beliau bahawa Yang di-Pertuan Agong telah membuat satu kenyataan sangat penting,” kata beliau di sini hari ini.

“Saya memberitahu beliau bahawa beliau harus akur dengan apa yang dititahkan (oleh Agong), bahawa kita tidak harus adakan perhimpunan,” kata Abdullah.

Bagaimanapun Abdullah menafikan beliau telah mengaturkan pertemuan kepimpinan Bersih 2.0 dengan Tuanku Mizan Zainal Abidin. “Saya tidak mengaturkan apa-apa (pertemuan dengan Agong),” katanya.

Abdullah juga berkata beliau tidak bertemu atau bercakap dengan ketua Bersih 2.0 sejak selepas perhimpunan Sabtu lalu.

“Kita tidak memerlukan (perhimpunan) seperti ini lagi,” katanya.


3 ulasan :

  1. Tun Dol macam tikus nak baikkan labu, tak payah lah nasihat saya, bantal dah depan mata, tun jin pun dah tunggu apa lagi tido je lah pak lah.....

    BalasPadam
  2. Salam MPP.

    Bangsa Melayu sejak zaman berzaman mengingatkan kita, siapa saja kita:

    "Sesal dulu pendapatan, Sesal kemudian tidak berguna.

    Nasi sudah menjadi bubur.

    Tak dapat nak kita gambarkan hari ini betapa malangnya rakyat dan negara,kalau ditakdirkan pihak PDRM gagal pada 9 Julai, 2011 itu.

    Bersyukurlah, Allah masih sayangkan rakyat dan negara kita, Malaysia.

    BalasPadam
  3. Tun seorang negarawan yang lembut hati, tak menyampai hati serta baik budi justeru ada pihak pihak selalu ambil kesempatan.Itulah masalahnya.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online