BREAKING NEWS

Selepas Ibrahim Ali, Khalid Samad pun teringin nak buat ANUGERAH juga...


Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad melahirkan kebimbangannya berhubung pembudayaan yang akan dibawa masuk ke dalam sebuah universiti tempatan dengan membuka pencalonan Anugerah Ibrahim Ali.

Ini kerana menurut Khalid, seseorang yang bergelar ikon haruslah memiliki kelayakan dan disanjung tinggi keperibadiannya.

Namun menurut beliau, ciri-ciri itu tidak ada pada Ibrahim Ali ekoran pelbagai sikap dan pendirian beliau yang dipertikaikan banyak pihak sebelum ini.

"Nampak betapa rosak dan songsangnya pandangan terhadap konsep kepimpinan.. betapa bercelarunya sehingga dia boleh menganggap diri dia (Ibrahim Ali) sebagai contoh kepimpinan dan layak untuk memberikan Anugerah Kepimpinan kepada mahasiswa di UiTM,"kata Khalid kepada Tv Selangor.

"Inilah yang dikatakan merosakkan orang Melayu (itu) adalah (kerja) Umno-BN, kerana UiTM pun kita tahu, pihak pengurusan terbabit adalah pilihan Umno itu sendiri. Inilah usaha yang mahu merosakkan orang Melayu sehingga tiada contoh yang baik untuk diikuti dan mahukan seperti Ibrahim Ali,"tambah beliau lagi.

Katanya, tidak salah pihak pengurusan UiTM untuk menerima sumbangan yang diberi Presiden Perkasa itu namun tidak perlulah untuk mewujudkan anugerah kepimpinan Ibrahim ali.

Idea anugerah ini datang daripada Ibrahim sendiri pada forum perpaduan yang dianjurkan oleh Impak pada 17 Oktober tahun lalu dan dibuka kepada pelajar wanita dan lelaki UiTM. Setiap satu bernilai RM2,500.

Mereka mesti memperolehi CGPA sekurang-kurangnya 3.0, tiada tindakan tatatertib atau kesalahan jenayah atau diisytiharkan muflis semasa tempoh pengajian. - tvS




p/s: Gua rasa gua faham maksud Khalid Samad yang sebenarnya... Dia nak kata yang dia lebih layak dari Ibrahim Ali untuk dijadikan IKON kepada mahasiswa di institut pengajian tinggi..

So.., maksud tersirat Khalid Samad ialah.., daripada buat Anugerah Ibrahim Ali, lebih baik buat Anugerah Khalid Samad..

Tapi.., gua musykil satu perkara je beb.. Kalau Anugerah Ibrahim Ali diberikan kepada calon-calon yang banyak sumbangan didalam memartabatkan bangsa melayu.., apa pulak kriteria untuk Anugerah Khalid Samad?

Hahahahaha... gua yakin kita semua ada jawapan masing-masing. Jawapan gua ialah kalau sesapa nak memang Anugerah Khalid Samad.., mestilah ada usaha didalam memajukan kuil-kuil di sekitar Selangor..

Macam mana pulak dengan jawapan korang?

4 ulasan :

  1. Khalid Samad tak tahu... Ibrahim Ali tu lah yang bermati-matian untuk tukar ITM kepada Uitm sejak dari zaman Tun Razak lg. Sampai zaman Tun M baru dapat. So tak salah kalau Uitm nak buat anugerah tu.... Khalid Samad apa ada??????

    BalasPadam
  2. Ada kuil! Hahahaha.

    BalasPadam
  3. anugerah khalid samad akan diberikan kepada sesiapa yang berjaya meletakkan nama ALLAH dlm gereja

    BalasPadam
  4. bkn cakap memajukan kuil je...sesapa yg berjaya dlm gerakan memurtadkan anak2 selangor pun dpt Anugerah Khalid Samad tu...hahahaha

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online