BREAKING NEWS

PKR dedahkan Gas Pemedih mata FRU sumbangan APCO..


Kanister gas pemedih mata yang digunakan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menyerang peserta himpunan Bersih, didedahkan adalah jenis sama digunakan tentera Israel untuk membunuh rakyat Palestin.

Ia sekaligus mengesahkan kekejaman BN yang sanggup melakukan apa sahaja, termasuk meniru pendekatan tentera zionis bagi mendatangkan kecederaan kepada rakyat yang menentangnya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei berkata demikian mengulas laporan Suara Keadilan edisi terbaru, yang mendedahkan bahawa FRU menggunakan kanister tersebut untuk menyerang peserta Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.



Kanister mengeluarkan gas jenis CS itu dikeluarkan syarikat Combined System Inc dari Amerika Syarikat yang berupaya menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit.

Ia pernah meragut nyawa seorang warga Palestin, Jawaher Abu Rahmah dari Kampung Bil’in pada 1 Januari 2011 akibat terhidu gas berlebihan yang dikeluarkan kanister itu.

Sebelumnya pada April 2009, abang Jawaher, Baasem Abu Rahmah juga mati akibat terkena tembakan kanister gas pemedih mata itu di bahagian dada. Pendedahan itu dilakukan Pengarah Biro Guaman KEADILAN, Latheefa Koya.

Kali ni gua setuju dengan PKR... Kita mesti tolak dan BOIKOT semua barangan atau kerjasama dari puak-puak Israel laknatullah tu semua.

Apa saja barangan atau perkara yang berkaitan dengan Israel, harus kita tolak sebab puak-puak Israel tu memang jahat dan zalim terhadap umat Islam Palestin.

Sepatutnya PKR dedahkan semua barangan buatan Israel yang ada di Malaysia.., bukan setakat Kanister Gas Pemedih mata ni je beb..

Sebenarnya banyak lagi barangan tajaan APCO yang digunakan oleh rakyat Malaysia termasuklah oleh Latheefa Koyak dan Shuhaimi sendiri.. Kat sini gua letakkan senarai-senarainya...



Dan ada lagi satu "PRODUK ISRAEL" yang wajib kita tolak.. Yang ni memang dah terang-terang jahat dan pembuat ONAR nombor satu dalam Malaysia..

Menatang ni memang dari dulu lagi ada hubungan baik dengan APCO dan ada info dia ditaja secara langsung oleh puak-puak Israel tu untuk kuasai negara Islam di Asia Tenggara..


So..., Latheefa Koya dan Shuhaimi Shafiee patut war-warkan juga pasal manusia tajaan Israel di Malaysia tu.. Janganlah double standart pulak yee..

Kalau Israel sanggup buat apa saja demi dapatkan kuasa dan tanah di Palestin, menatang bewak dalam Jerussalem Post tu pun sanggup buat perkara yang sama untuk jadi PM di sini..

Jadi..., kalau korang bencikan Israel, jangan jadikan Anwar Ibrahim sebagai pemimpin korang..

Ingat yee.., SOKONG Anwar bermakna korang SOKONG Israel!!!

3 ulasan :

  1. setuju..jgn double standard.

    BalasPadam
  2. saya sokong semua baranga israel di tolak. tetapi saya juga sokomg semua benci peroduk nya itu termasuk manusia yang mengepaia dan menyuburkan modul israel di Malaysia.

    BalasPadam
  3. betul..betul...betul...diorang dah takdak modal dah...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online