BREAKING NEWS

PAS nak buat Hospital Islam di Penang...


Hospital Islam Pulau Pinang akan menjadi satu realiti di negeri ini, apabila usaha ke arah mewujudkan kemudahan tersebut menjadi realiti tidak lama lagi.

Pengerusi Promosi dan Pemasaran Pusat Urus Zakat Pulau Pinang, Dr. Mujahid Yusof Rawa, berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pentauliahan amil zakat fitrah negeri Pulau Pinang, yang telah diadakan di Dewan Millenium, pagi tadi.

Menurut beliau lagi, segala kemudahan yang ada seperti pusat haemodialisis telah pun diwujudkan oleh PUZ ,kepakaran ini akan diakseskan semaksima mungkin bagi manfaat umat Islam di Pulau Pinang, yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini.

"Dalam lawatan ke Mesir baru-baru ini, kita mendapati terdapat pelajar tahun akhir yang mengikuti pengajian bidang perubatan atas biaya PUZ boleh dimanfaatkan ilmu mereka bagi mewujudkan hospital tersebut di Pulau Pinang.

"Kemungkinan besar, kita boleh memulakan projek besar ini melalui kewujudan klinik-klinik yang diuruskan oleh PUZ. Setelah wujudnya infrastruktur yang sempurna dan kepakaran yang mencukupi, maka usaha ini akan dijadikan satu realiti untuk diakseskan.

"Adalah tidak mustahil projek yang telah ada perancangan ini, menjadi satu yang nyata setelah melihat kepada sokongan melalui peningkatan kutipan zakat yang telah berjaya dikutip pada setiap tahun," ujarnya lagi.

Jelasnya lagi, hospital ini akan lebih menumpukan kepada khidmat untuk membantu mereka yang miskin dan tidak berkemampuan dengan bayaran yang minima.

"Saya yakin dengan peningkatan kutipan zakat dari RM53 juta pada tahun lalu kepada RM56 juta tahun ini, akan berjaya ditingkatkan kepada target RM100 juta bagi merealisasikan aspirasi ini.

"Namun begitu, mutu dan kualiti perkhidmatan akan tetap menjadi prioriti dalam memberi kemudahan tersebut apabila hospital tersebut menjadi kenyataan tidak lama lagi," tambahnya beliau yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. - HaraMkah



p/s: Gua taknak lah bersikap buruk sangka terhadap niat suci PAS di Penang ni.., tapi sejarah lampau buat gua langsung tak percaya pada puak-puak pencacai DAP tu..

Lagi satu, apa bezanya Hospital yang ada sekarang ni dengan Hospital "Islam" yang PAS nak buat? Kalau sistem perbankan Islam tu bolehlah gua faham sebab dia tak ada"interest".., tapi Hospital Islam ni macam mana pulak? Perlukan pencerahan nii..

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online