BREAKING NEWS

PANAS!! Nik Aziz lebih bahaya dari KOMUNIS..


“Dulu ayah kami bangunkan tanah hutan ni, bila lepas merdeka, ada ancaman komunis, kita lari ke Gua Musang. Bila reda, kita balik semula dan terus bangunkan tanah ni. Sekarang ni, ancaman kerajaan PAS Nik Aziz, kami nak pergi ke mana?”

“Masa komunis, kita lari tapi boleh balik semula. Masa Nik Aziz, dia ambik terus bagi ke Cina… kami tak boleh balik dah ke sini….”, demikian keluhan daripada 5 orang penduduk Kampung Serasa, Kuala Krai kepada saya sewaktu saya dan Agen Johnson melawat ke kampung mereka, semalam.

Agen Johnson dan saya kembali ke Kelantan untuk menyiasat kes rampasan tanah oleh yang dibangunkan oleh penduduk tempatan oleh tauke Cina.

Sewaktu melawat ke tapak tanah bukit yang telah dibersihkan, agen Johnson sempat menyamar sebagai pemburu haram dengan memikul senapang RELAnya dan berbual dengan seorang tauke Cina yang kebetulan berada di tapak itu.

Tauke Budiman bersama rakan ‘barunya’

“Tauke, ini tanah atas nama Mazlan Abdul Ghani, betul ke,” tanya Johnson.

“Tarak tau, ini saya bayar sendiri….” Jawab Tauke yang bercakap dengan pelat Kedah.

“Tauke bayar… bayar sama sapa…” tekan Johnson.

Menurut penduduk-penduduk kampung, tanah tersebut diberi milik kepada Akademi Yakin, sebuah agensi Kerajaan PAS Kelantan. Tetapi tanah itu terus dibangunkan oleh tauke cina dari luar Kelantan.

Ianya dikatakan melibatkan 3 blok dan yang menjadi kontroversi sekarang ialah apabila wakil dari pihak Kerajaan PAS Kelantan telah ‘menjual’ 1,000 ekar tanah itu kepada orang tengah dan kemudiannya diserahkan untuk dibangunkan oleh seorang tauke dari luar Kelantan.

Tauke cina yang ditemui oleh agen Johnson enggan memberitahu namanya, tetapi memberitahu bahawa perjanjian yang dibuat adalah untuk 1,000 ekar tanah. Bagaimanapun setelah wang persabahatan dan wang derma ditunaikan, pihak Kerajaan PAS Kelantan dikatakan gagal hanya mampu memberi 600 ekar tanah. Baki 400 ekar menjadi masalah apabila tanah tersebut telah diterokai oleh penduduk tempatan.

Apabila berurusan dengan wakil dari PAS Kelantan, anda perlu faham istilah-istilah seperti ‘menjual’, ‘persahabatan’ dan ‘derma’. Maksudnya seringkali berbeza dengan maksud sebenar di dalam kamus bahasa Malaysia.

Begitu juga dengan kalimah ‘penerokaan haram’. Seperti yang masih diingat oleh Tok Da Hussinn dari Felda Ciku, perkataan penerokaan haram tidak wujud menurut Nik Aziz kerana, “… bumi ini milik Allah…” kata Nik Aziz...


Baca pendedahan selanjutnya DI SINI...

1 ulasan :

  1. bumi milik Allah bukan bererti boleh merampas hak orang lain sesuka hati.

    abis tu tanah tapak umah nik azizpun kita boleh rampas sebab bumi milik Allah.

    nik aziz patut merasa malu kepada Allah kerana membuat zalim dengan menggunakan nama Allah.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online