BREAKING NEWS

PANAS!!!! 500 pelajar IPT dalam negara mungkin akan DIBUANG gara-gara BERSIH..


Seramai 500 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang dikenal pasti menyertai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai lalu bakal berdepan tindakan tegas daripada pentadbiran universiti masing-masing.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, bentuk tindakan sama ada ringan mahupun berat bergantung mengikut keputusan pihak universiti terbabit berdasarkan bentuk kesalahan yang dilakukan.

Menurutnya, hukuman itu bukan ditentukan oleh kementerian namun difahamkan hukuman membuang dan menggantung pelajar boleh dilakukan oleh pengurusan sesebuah IPT di negara ini.

"Terpulang kepada pihak universiti, tindakan ke atas pelajar ikut mereka. bukan kementerian tentukan," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Latihan 1Malaysia bersama Komuniti 1Hulu Langat di Kolej Komuniti Hulu Langat di sini semalam.


Menurut Mohamed Khaled, pihaknya telah menerima kira-kira 500 nama daripada pihak polis dan kini sedang menyiasat sama ada nama tersebut merupakan pelajar universiti atau sebaliknya.

"Kita belum tahu 500 nama itu pelajar universiti dan universiti mana. Ia sedang diperiksa kerana jika dilihat dari sudut umur bagi nama-nama tersebut, mereka tergolong dalam kategori pelajar.

"Setelah kita tahu institusi pengajian mereka, nama pelajar itu akan diserahkan kepada pihak universiti untuk tindakan selanjutnya," jelasnya. - Kosmo.



p/s: Sikit je yang gua nak kata..., budak-budak IPT tu semua memang dah memalukan mak bapak dorang.. Sekarang ni, menjawablah nanti kalau kena buang pasal Keling Ambiga dan Anwar...

PADAN MUKA!!!! Hahahahaha...

14 ulasan :

  1. elok la pun. bagi pengajaran sikit. orang suruh baca buku diaorang pegi merusuh atas jalan

    p/s: waktu muda2 ni eloklah diisi dgn benda2 yg berfaedah. skrg ni, ajak org baca buku pun boleh dapat RM10

    BalasPadam
  2. Elk laa buang student ni, byk lagi orang yg bijak pandai nak belajar cari ilmu demi masa depan yg lebih cerah serta gaji lebih tinggi, bukan mcm dia org ni, mengabis beras dan doa mak bapak ja..nanti bila dah menganggur cari salah gomen lak, bawa borang serta resume korang apply sama Anwar dan Ambiga, yg cun cun tu boleh apply jadi pembantu Anwar untuk kena balun dibelakang...

    BalasPadam
  3. tu blom lagi yg time nak sebat duit mybrain dia la org 1st.. lepas tu kata kerajaan zalim la apa la..kalau boleh la aku nak je tampar si bodoh ni

    BalasPadam
  4. Lain kali dah tahu jadi pelajar, belajar je jangan sibuk hal hal lain. Tak kira samada parti pembangkang ke parti memerintah ke kita sepatutnya berkecuali, kalau ye pun nak menyokong seseiapa pun jangan sampai menyusah kan diri sendiri. Lain Kali SENDIRI MAU INGAT ok.

    BalasPadam
  5. Jangan cakap aje...buang aje terus biar padan muka. Aku tak rela duit aku bagi kat muka tak kenang budi....aku ni pembayar cukai tau...

    BalasPadam
  6. Buang aje.. Takde faedah simpan pelajar yg berjiwa pemberontak nie.. Tak sayang masa depan.. Belajar ntah kemana, akujanji sebagai pelajar pun ntah kemana.. Suruh 500 nie apply Mentor musim baru.. Untung2 boleh jadik artis.. Yg asal dari kedah tu boleh apply keje pusat hiburan.. Jgn risau, pusat hiburan tak tutop bulan posa nanti..

    BalasPadam
  7. Buang aje.. Takde faedah simpan pelajar yg berjiwa pemberontak nie.. Tak sayang masa depan.. Belajar ntah kemana, akujanji sebagai pelajar pun ntah kemana.. Suruh 500 nie apply Mentor musim baru.. Untung2 boleh jadik artis.. Yg asal dari kedah tu boleh apply keje pusat hiburan.. Jgn risau, pusat hiburan tak tutop bulan posa nanti..

    BalasPadam
  8. Anggaran minima ,Yuran pengajian 1 sem = RM 2500 perpelajar, kalau 500 orang pelajar terlibat banyak duit kerajaan kena keluarkannn... so berhentikan mereka dan GANTIKAN dengan pelajar yang betul - betul berminat untuk belajar... kalau nak berdemo mintak duit kat AMBIGA..

    BalasPadam
  9. Buang aja mereka ini, jadikan tauladan utk yang lain

    BalasPadam
  10. SETUJU... BUANG SAJA MANGKOK NIE...
    DAH KERAJAAN BANTU.. DARI SEKOLAH SAMPAI MASUK UNIVERSITI... SEKARANG NAK MENDERHAKA PULAK.. BUANG JERRRR..

    BalasPadam
  11. akibat termakan hasutan Pas yg berimejkan Isle...mereka sebenar nya macam terkena kejutan budaya bila masuk Universiti...ejen pas menyusup masuk ke kampus dan meracuni pelajar2 ini utk membenci dan melawan kerajaan..mereka lupa soal 'Keberkatan'

    BalasPadam
  12. baguslah dorang kena buang..bolehlah aku masuk IPTA sambung belajar pulak..ini ambik anak puak pas, ambik penyokong gayboy tua masuk IPTA buat apa..dorang bukannya pandai belajarpun.

    BalasPadam
  13. jangan cakap jer kalid oooiii semabang tak guna..... Biak rasa depa tu.... kat kampung aku pun ada puakni buat kalang kabut.... Kalau tak pasti bab auku ...pi tanya AZIZAN rasak dia dah buat dah penyokong depa tu... di kedah Kolej Universiti islam negeri Kedah ... tak tau ka..aa..a.a..a

    BalasPadam
  14. Mohon tindakan tegas terhadap penderhaka pd Sultan2 dan pemerintah yg dipilih olh majoriti rakyat tanpa mengira bangsa agar ianya mnjd pengajaran utk semua. Kalo x diambil tindakan keras,KEKECEWAAN teramat besar terhdp mereka yg patuh pd undang2 semasa belajar.

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online