BREAKING NEWS

Mat Sabu BERIKRAR akan JALAN KAKI ke KL demi BERSIH..


Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata, himpunan Bersih 2.0 Sabtu ini tetap akan disertai PAS biarpun mereka terpaksa berjalan kaki ke Stadium Merdeka.

"Kita akan bergerak setakat yang boleh. Sekalipun kenderaan ditahan, kita akan berjalan kaki ke Stadium Merdeka," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau berkata demikian mengulas perkembangan terbaru bahawa permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) memberi alasan tindakan itu bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas pada hari tersebut.

Bagaimanapun dipercayai tindakan tersebut bertujuan menghadkan kehadiran peserta ke himpunan Bersih 2.0 di ibu negara pada Sabtu ini.

Ini kerana sebahagian peserta yang akan hadir ke perhimpunan tersebut adalah dari luar Kuala Lumpur yang dijangka akan membanjiri ibu negara bermula Jumaat ini.

Mengulas lanjut, Mohamad yang juga Pengerusi Badan Penggerak Mobilisasi Demokrasi PAS berkata, beliau yakin tindakan tersebut tidak akan menjejaskan ahli PAS untuk datang ke himpunan itu nanti.
-haraMkahdaily


Elehhhh... Gua langsung tak percaya Mat Sabu dan puak-puak PAS boleh jalan kaki masuk KL untuk sertai perhimpunan haram BERSIH tu nanti..

Sebabnya, korang ingat puak-puak tu "sihat" sangat ke beb nak anjurkan program jalan kaki beramai-ramai ni? Tengok perut boroi Mat Sabu pun dah tau dia tu mampu ke tak...

Lagi satu, mampu ke Mat Sabu dan puak-puak PAS tu nak lepasi sekatan dan larangan Polis? Bukan ke nama Mat Sabu ada dalam senarai orang yang diHARAMkan masuk KL pada 9 Julai nanti?

So.., berangan boleh lah Mat Sabu tu... Macam biasa, Mat Sabu ni memang cakap dia tak pernah jatuh.., tapi tindakan macam.... Korang sambunglah sendiri yee... Hahahahaha...

Catat Ulasan

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online