BREAKING NEWS

Lain kali jangan diberi makan kepada Anjing2 itu !!!


Benarkah tahanan bersih diberikan makan RM25 sepinggan? Makanan tak sedap mana, kuah karinya cair RM25.

Kalau makanan disediakan untuk 2000 orang ini tak termasuk mana-mana polis buat keluar makanan untuk kaum kerabatnya. Jumlahnya adalah RM50 ribu.

Ketua polis mana yang dapat tander ini?

Adakah benar tahanan yang diberikan angka adalah 1667 orang? Sedangkan proses untuk memberikan kad pengenalan kepada tahanan untuk membebaskan bermula daripada petang sehingga 10 malam?

Berapa lama dan ini menunjukkan angka yang dijangkakan adalah lebih daripada itu.

Aku letaklah harga makanan pada hari itu RM5 sepinggan. RM20 dari di rompak oleh polis. Main rompak-rompak ini memang kerja polis.

Kita cabar pihak polis mendedahkan pembelanjaan secara terperinci. - sumber


Korang bacalah sendiri pemikiran serta gaya akal manusia-manusia yang langsung tak pernah tahu bersyukur.. Bagi gua, manusia-manusia jenis diatas tu lah yng dinamakan "kufur nikmat"..

Apa salahnya bila pihak PDRM bagi makan kepada peserta perhimpunan haram BERSIH? Itupun dah kira bagus dari tak ada apa langsung..

Sepatutnya, Polis tak perlu bagi makan atau jaga kebajikan puak-puak yang nak menjadi pengkhianat negara ni semua..

Tengok lah sendiri macam mana balasan yang dorang beri bila kita tunjukkan kebaikan.. Memang SAH puak-puak Pakatan ni dari jenis yang tak kenang budi..

Brader ni komplen pinggan tak cukup sampai terpaksa makan dalam cawan.. Dah menyusahkan negara pun lagi mau komplen ke?


KUALA LUMPUR, 10 Julai (Bernama) -- Walaupun tegas dalam menguatkuasakan undang-undang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersikap profesional dan bertimbang rasa dalam memberikan layanan kepada mereka yang ditahan dalam perhimpunan haram semalam.

Sepanjang mereka ditahan sehingga dilepaskan pada kira-kira 11.30 malam semalam, polis memberikan layanan baik termasuk menyediakan kemudahan makanan dan bantuan perubatan.

Komandan Pusat Latihan Polis (Pulapol) Zulkifli Mohamed berkata adalah menjadi amalan polis untuk menjaga kebajikan tahanan dengan layanan yang profesional sehingga mereka dibebaskan.

"Kami tidak mahu negara lain memandang rendah terhadap Malaysia, malah ini sudah mejadi adat kita untuk menjaga kebajikan tahanan sehingga mereka dibebaskan," katanya ketika dihubungi Bernama hari Ahad.

Zulkifli berkata pihak polis juga tidak ingin memberi ruang kepada pihak-pihak tertentu untuk memanipulasikan keadaan dengan mendakwa polis tidak menjaga kebajikan tahanan dan sebagainya.

"Kita juga mendapat maklum balas positif daripada tahanan tersebut...semuanya berterima kasih kerana dijaga rapi dan layanan baik yang diberikan.

"Mereka seronok...malah nampak macam kenduri kahwin di Pulapol semalam" katanya.

Beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak yang mengikut ibu bapa mereka juga turut diberi perhatian yang serius dan diberi ruang yang selesa untuk mereka bergerak.

"Kesian mereka ikut ibu bapa dan kena tahan...tak kan kita nak tinggalkan mereka bersendirian dan tahan ibu bapa sahaja," katanya.

Tambahnya kemudahan untuk bersolat, rawatan dan makanan kepada tahanan disediakan oleh pihak Pulapol sendiri.

Antara makanan yang disediakan oleh Pulapol adalah nasi minyak, nasi briyani, bihun, mee goreng dan minuman.

Daripada 1,697 orang terdiri daripada 1,527 lelaki, 154 wanita dan 16 kanak-kanak yang ditahan, sebahagian besar dibawa ke Pulapol, manakala bakinya dibawa ke Balai Polis Jinjang dan juga Maktab Polis Cheras untuk diambil keterangan sebelum dibebaskan malam tadi.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh dalam sidang media hari ini berkata kos makanan secara 'buffet' yang disediakan adalah kira-kira RM25 seorang di mana mereka boleh mengambil seberapa banyak yang diperlukan.

"Mereka diberi layanan lebih baik daripada layanan kepada anggota dan pegawai polis yang bertugas (pada perhimpunan haram}, katanya.


3 ulasan :

  1. Macam Larian Kuala Lumpur pulak. Ada makan makan, minum minum. Selamat duit poket RM100 yang di sogokkan kepada binatang anjing ni semua.

    Akan datang siapa yang lapar boleh la berdemonstrasi lagi kerana di hujung jalan ada makan makan, minum minum yang istiwewa. Itu lah pengajaran apa yang di buat Polis.

    Duit sebanyak itu lebih baik di beri kepada orang miskin yang tidak menyusahkan kerajaan dan Malaysia.

    Pengkhianat negara pula yang dapat layanan istimewa. Eloknya taruk racun saja atau pun se tidak tidaknya julap supaya mereka berak berak. Seperti juga air pancut polis yang ada bahan kimia itu.

    BalasPadam
  2. Ye btul.. x sdar ke dh diberi mkn, layanan bek dikire bruntung... even hadi awang pn ucap trime kasih... apela nk jd pd mreka yg mngata amalkn ISLAM sdangkn xtaw bsyukur...

    BalasPadam
  3. Pasal ni wa panas hati...!! kepale hotak korang lah yang banyak cakap pasal mende takde otak..!!! abg wa antara FRU veteran yg tunggu mase nak pencen tu tp ditugaskan mengetuai salah satu dari 13 trup FRU yg bertugas semase himpunan BERSHIT... tau tak berape kali dia call wa tanye kalau ade lauk2 lebih kat kedai nasi campur bini wa???betape susahnye hati dia pasal anak2 buah dia yg bertugas hari tu kate lapar pasal terpakse bertugas dalam keadaan yg boleh dikatekan emergency kerana cuti dibekukan,persediaan makanan pun agak "terkeluar" dari landasan jadual makan....kedai makan dalam kawasaan BERSHIT berhimpun ni & port FRU bertugas,majoriti tutup..!! dan yang ade tak mampu menampung jumlah yang ramai mereka yang nak makan..!! wa tak paham lah kalau kepale OTAK jenis orang yan tak bersyukur ...!!!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online