BREAKING NEWS

Itu PARANG BARU... PAS pakai PARANG BURUK jee...


PAS mendesak pihak polis segera melakukan siasatan terperinci mengenai penemuan berbagai jenis senjata yang dikaitkan dengan Bersih seperti diumumkan polis di dalam siaran media, baru-baru ini.

AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman membuat laporan polis terhadap Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah yang mendedahkan penemuan itu pada 6 Julai lalu.

Turut serta dalam laporan di IPD Shah Alam petang tadi adalah Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia, Mohd Sany Hamzan dan Ketua Pemuda PAS Shah Alam, Mohd Hilmi Redzwan.

Mazlan berkata, ekoran pendedahan polis menemui perkara itu secara terbuka, ia telah menimbulkan banyak keraguan rakyat tentang sejauh mana ketelusan polis atas isu itu.

"Penemuan senjata seperti parang yang masih baru dan baju T Bersih adalah sangat meragukan serta menimbulkan tanda tanya rakyat.

"Gambaran buruk dan fitnah yang ditujukan kepada penganjur Bersih seperti pertubuhan haram, kemungkinan huru hara akan berlaku dan pertumpahan darah boleh berlaku adalah sangat tidak bertanggungjawab," tegasnya.


Mazlan Aliman ni kalau masuk Maharaja lawak, confirm dia jadi juara beb.. Sebab dia memang cekap buat lawak bangang.

Cuba korang tengok, Mazlan Aliman ni kata Polis tak telus dan tak bertanggung jawab bila rampas "parang baru" dan baju BERSIH..

Kononnya dia nak kata Polis tu buat wayang pasal senjata yang dirampas hari tu semuanya baru dibeli .. Dan kononnya tak logik penyokong BERSIH nak lakukan huru hara dengan pakai parang baru...

Kenapalah semua wakil PAS ni sangat rendah akal fikiran dorang ye? Asal nak buat jenayah tu kena guna perkakas lama lah yee... Kalau parang baru, tak boleh buat jenayah ke?

Inilah kerja Mazlan Aliman selama ni.. Dia ingat semua rakyat Malaysia tolol macam dia..

Kalau penyokong PAS dan Pakatan tu mungkin lah terpedaya dengan cerita dongeng Mazlan tu.., tapi majoriti rakyat Malaysia tahu untuk menilai sapa yang bijak dan sapa yang lebih bangang!

1 ulasan :

  1. awat lah tu yang depa ulas...?

    kenapa tak cakap ja....apa bukti nye BERSIH tu punyer parang...? (walhal polis kata mereka tidak menolak kemungkinan senjata tersebut berkaitan dgn perhimpunan BERSIH...)

    apa bukti nye t-shirt tu t-shirt BERSIH..? (da mmg BERSIH kan...takkan lah ada lumpur plak...ke aku tak perasan..?)

    dan apa buktinya...yang polis tu polis sebenar..? (ha..ni betoi..aku pun musykil...betul ka polis tu polis sebenar...? ntah2 polis tu sume 'palsu'...dan wartawan2 tu pun 'palsu'....mereka sume 'pelakon' gak...ada 'pengarah'...'penerbit'..(bak kata Hadi Awang n the gang...)ala2 mcm dalam video yang 99.9% menyerupai Anwar...dan video itu terbukti ketulenan oleh pakar dpd AS tu...'tak gitu'?

    depa ni gileeerr gileerrr biollll!

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online