GEORGETOWN - Pakatan Rakyat (PR) tidak pernah menawarkan ‘duit belanja’ RM200 dan sehelai kemeja T Bersih kepada orang ramai yang mahu menyertai Perhimpunan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) Sabtu ini seperti yang dimaklumkan pihak tidak bertanggungjawab melalui sistem pesanan ringkas (SMS).
Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri kesal dengan tindakan pihak itu yang mengedarkan SMS palsu kepada orang ramai supaya mendapatkan duit belanja dan kemeja T itu daripada beberapa pemimpin PR di negeri ini sedangkan PR tidak pernah menawarkan apa-apa kepada penyokong Bersih.
Guan Eng menyifatkan tindakan itu sebagai cubaan untuk memburukkan imej PR selain cuba mengelirukan orang ramai.
Yang ini satu lagi lawak oleh puak-puak kerajaan chauvinis DAP. Mereka cakap rakyat dan orang ramai dikelirukan oleh sms palsu supaya pi minta duit belanja RM 200 dan kemeja T Bersih daripada pemimpin PR.
Orang ramai ke penyokong Pakatan yang terima sms ini? Awat aku dok di PP tak dapat sms ini.. ye la mungkin hardcore anti BERSIH ....hahaha
SMS ini sebenarnya dihantar di antara geng depa saja sebabnya buat apa nak dihantar ke orang yang tak mahu pi himpunan haram itu .
Kalau sms itu dihantar kepada orang UMNO P.Pinang, Brader Ghani Jiman atau geng Perkasa dan suruh pi amik duit RM 200 sikit ..celah gigi sikit pun depa tak kelapaq nak pi minta sedekah di rumah-rumah YB DAP ini !
Jadi, cerita duit belanja RM 200 ini hanya lah helah mereka untuk menyalahkan pihak lain. Yang akan pi kutip duit ini pun hanya lah geng penyokong dan ahli parti mereka saja bukannya rakyat!
Ini semua masalah dalaman dikalang penyokong mereka yang bukan rakyat pun . - GPB
BACA CERITA SETERUSNYA DISINI
dorang ni dengan penyokong sendiripun nak tipu kekekeke
BalasPadam