BREAKING NEWS

Hidup lagi Anwar ni rupanyaa.... Tak nampak macam sakit punnnn...

Anwar hari ini...

Anwar Ibrahim memberitahu pesaing politiknya Datuk Seri Najib Razak hari ini agar meneliti dengan berhati-hati ketegangan di peringkat akar umbi ekoran kejayaan Himpunan Bersih 2.0 semalam, dan tidak cuba menutup kebenaran dengan pembohongan.

Sehubungan itu Ketua Pembangkang ini berkata pentadbiran Najib cuba membohongi rakyat dengan memberikan maklumat tidak betul mengenai sambutan penyertaan dalam perhimpunan anjuran Bersih 2.0 semalam.

Ketika bercakap pada sesi dialog profesional muda di sini, Ketua Umum Pakatan Rakyat ini ditanya sama ada Malaysia kini di ambang “Revolusi Bunga Raya” - merujuk kepada bunga kebangsaan.

Anwar 48 jam yang lalu....

“Kita tiada keyakinan (ke atas kerajaan), jadi adalah penting bagi Najib mempertimbangkan dengan serius, kita dekat dengan (satu revolusi),” kata Anwar sambil menambah ketegangan kaum juga meningkat.

Kemudian Anwar bercakap kepada pemberita bahawa Najib selaku perdana menteri seharusnya “mendengar dan tidak terlalu angkuh dengan menggunakan kekerasan menerusi pasukan polis.”

“Rakyat sudah tidak sabar. Mereka telah menyerahkan memorandum, malah mereka juga telah menghadap Agong. Apa lagi mereka boleh lakukan?” katanya lagi.

Anwar juga tidak menolak kemungkinan akan diadakan satu lagi perhimpunan selepas kejayaan mengumpulkan ribuan penyokong Bersih 2.0.

“Kami belum membincangkan perkara itu, tetapi kami tidak menolak opsyen-opsyen kami,” katanya. - MI

3 ulasan :

  1. SHUT UP, Anwar, you Dirty Old Man! Bukak mulut aje terus kelentong tak sudah-sudah.Sedar tak semakin ramai rakyat dah menyampah kat engkau? Tak malu konon nak jadi PM...kah kah kah....Macam mana nak jadi PM kalau tinggal di Sungai Buloh?

    BalasPadam
  2. Saya rasa seolah2 Kerajaan seolah olah takut nak ambil tindakkan tegas terhadap mereka2 ini - takut pada image dari sudut antarabangsa...

    Sepatutnya kita mesti berani mempertahankan diri kita sendiri dan tidak tunduk pada mana kuasa sama ada besar atau kecil...

    Tangunng jawab kita terutama sekali adalah pada pengundi2 kita..

    BalasPadam
  3. Aku rasa Azizah perlu kejut si pelakon bertaraf dunia ni dari tidurnya. kalau x dia akan terus dibuai mimpi bengongnya ...

    BalasPadam

About

Blog ini mengandungi penulisan artikel yang berunsurkan..

(Edisi18PL), menyentuh aspek agama, sosial dan politik,
(Edisi18SX), mengandungi unsur seks yang agak keterlaluan,
(Edisi18SG), ada gabungan dua atau lebih unsur ganas, seram dan seks,

Setiap kandungan didalam blog ini hanyalah merupakan satira politik dan juga pojok penulisan peribadi. Jangan ambil serius sangat kalau terasa dipersendakan dan terkena di batang hidung sendiri. Sila bertindak bijak untuk kebaikan diri masing-masing.

Terima kasih kerana berlapang dada sewaktu membaca.
 
Copyright © 2014 MPP Online